Posts

Showing posts from July, 2008

Benarkah sudah mengenali diri?

Benarkah sudah kenal benar diri sendiri? Mungkin jawapannya mudah saja kerana sudah bertahun - tahun 'hidup' bersama, tidur sebantal, dari tidak berupaya sehingga boleh berusaha sendiri, dari kecil sehingga besar, dari tatik sehingga berlari, dari bodoh sehingga cerdik, dari sakit sehingga sembuh, semuanya berbuat bersama, bangun bersama, bekerja bersama, berfikir bersama. Tiada sendirian, tetap bersama. Maka jawapannya mudah saja. Ya, kenal dan tersangat kenal kerana milik bersama, setiap saat setiap masa bersama. Sikap, pelakuan, perbuatan, percakapan semuanya sudah dikenal dan memang terkenal bersama. Tiada yang lebih mengenal dari mengenalinya sendiri. Persoalannya sekarang, benarkah sudah benar-benar mengenal? Benarkah jawapannya sedemikian rupa, sedemikian kata? Apa yang dikenal? Badan, perasaan, hati, jiwa, sikap, apa saja yang berupa, berasa dan terasa, luaran dan dalaman?Benarkah sudah pasti mahu mengatakan sudah benar-benar mengenal? Pernahkah berdetik hati, berkata j

Disebalik 5 Jari

Cuba perhatikan jari. Luruskan ke hadapan dalam terbuka. Lihat dan renung rahsia tersembunyi disebaliknya. Sedarkah bahawa kepentingan jari dan kerjasama secara berkumpulan jari telah terlalu banyak membantu di dalam setiap kehidupan setiap saat tanpa mengeluh, tanpa berhenti, tanpa menyesal ? Walau apa pekerjaannya samaada baik atau buruk tetap dilaksanakan secara berkumpulan dengan penuh bertanggungjawab sehingga selesai. Kekadang terlupa kita kepada perkara kecil dihadapan mata yang lebih hebat dari kita tapi kita masih berfikiran bahawa kita yang lebih layak untuk mengatakan bahawa kita hebat. Seandainya hilang satu saja jari dari kumpulannya, maka punahlah pekerjaan kita, terganggu perjalanannya. Terasalah kita kekurangan pada diri kita. Menyesal, kesal, kecewa semuanya terkeluar akibat kehilangan 'pekerja setia' kita. Oleh itu, renungilah nikmat yang diberi dan belajarilah menghargainya selalu. Our 5 Fingers Try to observe our 5 fingers. Straighten up and openly. Look w

Benarkan yang benar

Sudikah, mampukah, relakah hati, mulut, lidah berkata, bertutur benar ? Sememangnya yang benar, yang membenar dan terbenar itu pahit, pedih dan menikam jiwa. Walau apapun alasannya, cubalah kembali ke jalan kebenaran dengan berkata, bertutur, berlakuan yang benar. Ajarlah, didiklah, pratiklah semua anggota badan yang diluar, didalam berterusan mengamalkan kebenaran walau ditempuh, ditampar dugaan, cabaran, pukulan badai kehidupan hingga tersungkur jatuh di pertengahan jalan. Ketahuilah perjalanan yang jauh berombak dan beralun penuh dengan onak berduri pasti akan berakhir. Kebenaran pasti menyerlah tanpa ketahuan masanya. Tiada rugi setitik pun dengan berpendirian benar, bersikap benar, berkata benar dan beramal benar walau dihambat, ditentang semuanya kerana kebenaran tetap terpilih, dipilih yang membenarkan. Maka, mulalah berucap benar pada diri sendiri. Speak the truth Willing, capable, offer to say the truth ? By the truth, the whole truth, the actual truth is so painful and kills

Lidah tidak bertulang

Apa saja boleh diucapkan, dikatakan, dikeluarkan, dibisikkan mengikut hati, mengikut rasa. Terpulang pada diri meluahkan, melahirkan kehendak, kemahuan tiada yang menghalang. Menyebutkan, memperkatakan yang benar, yang salah tiada yang menahan. Merubah, memutar, memusing setiap kata tiada yang mengetahui. Terpulang pada diri sendiri. Namun seindahnya mana sebutan, kata - kata yang bersilang tiada kebenaran pasti akan terbongkar kehasilannya. Kekadang percakapan yang terlanjur terpalit kembali kepada penyebutnya. Kebenaran tetap benar, kesalahan tetap salah pasti terbentang di hadapan mata. Pukulannya kelak menguris jiwa. Oleh itu, sebutlah yang benar, yang betul, yang baik, yang asli. Perkatakan yang perlu, yang wajib bagi memperkuatkan kerohanian diri. Maka, kembalilah...mengawal lidah yang liat, yang mengeliat, yang tidak bertulang. Boneless tongue Whatever words being spoken out came from deep inside from the heart or feeling. It is up to oneself to express, voice out any words wit

Masa

Sekadar duduk menanti, ternanti, menung, termenung tidak akan kemana - mana malah masa sudah berlalu laju. Rugi sememangnya rugi seandainya tiada usaha, tiada hasil diisi dalam masa yang pergi. Masa itu terlalu penting untuk dilepaskan begitu saja. Tiada peralatan, tiada kemudahan, tiada peluang bagi menunda perlaluan masa. Ia tetap berlalu, berlari setiap waktu setiap saat, tiada terlewat, tiada terawal, tetap berdetik pada waktunya, tepat pada anjakannya. Gunakanlah, rancangkanlah, isikanlah sebaik, seelok, semolek, sekemas, seindah waktu, masa yang sedang mendatang, bergerak dan berlalu. Usah dibiarkan ianya pergi tanpa perisian, tanpa hasilnya. Buatkan yang terbaik setiap hari, setiap masa kelak tiada kesal dijiwa. Terganggu gugat perasaan diwaktu pengakhir jalan sudah hampir tiba. Berusahalah dengan kesabaran dan ketenangan. Kelak kebahagiaan, kepuasan pasti bersinar.

Jalan Yang Mana Satu ?

Jalan - jalan kehidupan terbentang, terbuka luas di hadapan, banyak dan berliku - liku, menanti dan ternanti untuk dipilih atau terpilih bagi penyambungan perjalanan yang terus dan seterusnya. Jalan yang dipilih, terpilih, dicari dan tercari iaitu jalan kebenaran, jalan ketenangan, jalan kebahagiaan, jalan yang tiada sesat atau tersesat. Tiada yang boleh mengarah, menyuruh, memaksa melainkan terletak, terpulang pada diri sendiri, tanyalah 'Kemanakah aku? Mahu kemanakah aku?'. Yang lain hanya dapat membimbing, membantu, memapah, membangun sebagai panduan dan tunjukajar bagi menghadapi, menempuh perjalanan yang penuh dengan dugaan, godaan, gangguan dan cubaan. Tiada salah mendengar, melihat, mempelajari, mengambil pedoman, panduan, tunjukajar dari yang lain. Pengalaman mereka, pandangan mereka, percakapan mereka dapat dijadikan peralatan, persiapan diri menyahut pelbagai seruan, pujukan, ajakan dugaan perjalanan namun pilihan tetap jalannya sendiri, tersendiri. Mengikut, terikut

Jangan Bersedih

Sedih, tersedih, menyedih timbul akibat jiwa, perasaan, badan disakiti, digurisi, dilukai, disentuhi suasana dan berita, cerita tiada ceria. Kekadang ianya sekejap, sebentar, seminit, dua minit hinggakan berlanjutan sehari, seminggu, sebulan, setahun, bertahun - tahun. Sebagaimana manusia kita berhak bersedih, tersedih menyuarakan, mengeluarkan, meluahkan siulan hati. Kekerapan menyimpan pelbagai cerita, berita baik,suram, manis, pahit dihati kekadang membawa padah, maka eloklah diluahkan saja. Jalan luahan ada dihadapan siap terbentang, ditunggu untuk dituruti. Cari, mencari dengan penuh kesabaran dan ketenangan jalan penyelesaian terbuka, membuka cara meluahkan, mengeluarkan, menyuarakan segala kepedihan, kesakitan, kepiluan, kekecewaan yang bersarang, tersarang di jiwa, perasaan dan hati. Setiap yang patah tetap berganti, yang berwarna akan menjadi pudar, yang menyakiti akan disenangi, yang bersakit akan dipulihkan, yang bergantung akan dilepaskan. Inilah dugaan, cabaran semasa mene

Pendengaran

Dengarkah atau sengaja, pura2, buat2 tidak dengar? Sememangnya sesuatu yang amat pelik untuk difikirkan namun telah dijadikan amalan kebiasaan , kemudian dikatakan sudah lumrah, asam garam dunia. Seeloknya dihentikan saja amalan pelik ini. Pendengaran itu satu anugerah yang tiada nilainya, jadi mengapa perlu berpura2 tidak mendengar. Mungkin ada alasan atau sebab untuk bertindak sedemikian. Penting, terpenting, mementingkan untuk mengakuinya untuk selamat, terselamat atau menyelamat dari suasana sekeliling? Kemungkinan bertindak sedemikian agar kesilapan, kesalahan, keburukan diri tertutup rapat. Menjadi rahsia sendiri. Tiada yang mengetahui. Yang bertambah pelik, dalam sesaat sudah menjadi manusia lain, bersifat lain, berkelakuan lain. Pelik memang pelik. Agarnya sudah lama mengamalkannya. Sudah lali dengannya. Sudah benar2 masak perlakuannya. Dipedulikan apa, siapa, mengapa dan kenapa ? Yang penting diri sendiri selamat dan terselamat. Walau macammana hebat perlakuan, lakonan dan tin

Salah siapa ?

Pada suatu masa dahulu ada dua sahabat bernama Tan dan Tin yang ingin mencari pengalaman hidup telah merantau jauh bertahun - tahun lamanya meninggalkan kampung halaman dan akhirnya mereka tiba di sebuah hutan yang agar tebal dan besar. Setelah sekian lama meredah sambil melimbas parang untuk membuka laluan menerusi dedahan pokok, lelalang, reranting daun, Tan yang agak ketakutan dengan suasana sekeliling bersuara agar mereka mencari tempat untuk melepaskan kepenatan dan menempuh hari gelap yang hampir tiba. Namun, Tin mencadangkan agar mereka meneruskan perjalanan untuk seketika lagi sebelum berhenti kerana percaya tempat perhentian adalah mudah dicari. Tanpa mereka sedari hari sudah mulai gelap dan keadaan penglihatan menjadi samar-samar. Mereka mulai resah dan tercari-cari tempat untuk berlindung dan berehat namun kesamaran dan ketebalan hutan telah menyukarkan lagi penglihatan dan pencarian mereka sehingga beberapa kali mereka tersepak jatuh. Kekecewaan dan kekesalan mulai menyelub

Pemikiran Negatif : Bolehkah Diubah?

Seandainya pemikiran seseorang itu disaluti, tercalit, terbawa unsur - unsur negatif, maka segala pandangan, penglihatan, perbuatan, perkataan, percakapannya dibayangi negatif semata - mata. Tiada yang indah, terindah, hebat terhebat di mata, dihatinya dipandang, memandang, terpandang segala apa yang ada di hadapan. Kebanyakan percakapan, perbuatan dan pandangannya menguris hati, melambatkan perancangan syarikat, mengganggu setiap persiapan yang akan dilaksanakan. Juruteru, pelbagai cadangan menyusul agar si negatif, pemikir negatif, orang yang negatif ini dipulaukan, dijauhkan, dipinggirkan saja agar tidak menyusahkan atau mendatangkan sebarang kekacauan kepada semua pihak yang terlibat baik kaum keluarga, kawan sepejabat atau pihak pengurusan. Namun, ada jua yang mencadangkan agar dikaunselingkan individu yang bersikap negatif agar dapat menimbulkan kepositifan di kotak mindanya. Sememangnya mereka - mereka yang bersikap atau bermotifkan negatif ini mengalami atau membawa unsur ini k

Perjalanan Yang Jauh

Di dalam kita mengharungi kehidupan ini yang berliku - liku, penuh dengan onak berduri, pelbagai suka-duka, rintangan dan dugaan, ditempuhi juga dengan peningkatan usia setiap saat atau pengurangan masa untuk sampai ke penghujung perjalanan. Walau sepahit atau sepedih mana pun perasaan, hati, jiwa dan batin terasa dan terseksa, tiada langsung jalan berpatah balik, tiada langsung peluang untuk undur ke belakang, tiada langsung pilihan untuk tidak menolak, tiada langsung masa boleh dianjak kembali. Tiada langsung boleh diubah atau diperbetulkan apa yang telah terkata, terbuat dan terlaksana. Melainkan meneruskan jua perjalanan kehadapan dan berterusan mencari jalan - jalan perbetulan untuk kesilapan perkataan, percakapan, perbuatan, kelalaian, tindak-tanduk dan jalan - jalan penyelesaian untuk kesedihan, kepiluan, kesakitan, ketakutan dan jalan - jalan kebahagiaan untuk ketenangan, keselesaan, kecintaan. Jalan - jalan yang dicari dan tercari jelas terbentang di hadapan namun pencapaianny

Adakah Kita Mengenali Diri Kita Sendiri ?

Kekadang ketika menjalani kehidupan seharian kita lupa atau sengaja melupakan akan diri kita sendiri. Segala kemahuan dan permasalahan pembelajaran diselesaikan secara pemikiran, perbuatan dan perlaksanaan tanpa memperdulikan diri sendiri. Sememangnya kita selalu akan berkata, ‘Aku lakukan ini untuk diriku sendiri……’ ‘Aku mencuba yang terbaik untuk diriku…’ ‘Aku perlukan lakukan ini untuk diriku sendiri….’ Adakah kita benar – benar melakukan semua ini untuk diri kita sendiri atau sengaja memberi alasan hanya untuk keselesaan HATI sahaja………. FIKIRKAN DAN RENUNGILAH……..

Kenalilah Diri

Apabila anda secara sengaja atau tidak sedar bahawa anda telah melakukan kesilapan pada orang lain, adakah anda sanggup : 1. Mengakui kesilapan anda 2. Menafikan kesilapan anda 100% 3. Meletakkan kesilapan itu pada orang lain 4. Berpura2 tidak tahu menahu 5. Berupa2 tiada kesilapan berlaku 6. Serta merta menjadikan diri anda baik dan tiada kaitan dengan kesilapan tersebut. Biar apa pun pilihan anda ianya secaranya tidak langsung akan memperlihatkan sikap dan perwatakan anda di dalam memperjuangkan kebenaran. Sesungguhnya memang pedih dan amat menyakiti untuk memperkatakan yang benar namun implikasinya sangat besar dan akan berterusan mempengaruhi diri anda secara keseluruhan dalam jangka masa yang panjang. Sesungguhnya pilihan 1 merupakan pilihan yang sangat berat dan tidak semua sanggup melakukannya kerana ianya boleh menjejaskan beberapa perkara yang bersangkutan dengan kredibiliti pelakunya. Disebabkan perkara yang sama, nombor 2 hingga 6 tetap menjadi pilihan yang mudah dan senang

Masalah

Apakah itu masalah ? Masalah membawa pelbagai maksud termasuk iaitu persoalan yang mesti diselesaikan atau dipersetujui. Adakah ia mendatang atau bergolek kepada kita atau kita yang sendiri yang mencarinya? Sebenarnya masalah kecil atau besar sentiasa wujud di dalam kehidupan seharian kita dimana kita memerlukannya bagi meneruskan penghidupan ini. Penulis berpendapat masalah terbahagi kepada 2 kategori kerana apabila kita menghadapi sesuatu masalah itu seperti hendak makan kerana proses ini memerlukan badan kita untuk menghasilkan keupayaan yang amat tinggi. Proses ini perumpamaan memerlukan 5-6 buah jentolak untuk menjayakannya. Jadi, memakan ini adalah satu masalah tapi disebabkan badan dan akal kita menerimanya dengan baik maka penulis menamakannya masalah positif. Kesesakan lalulintas juga merupakan satu masalah yang mesti ditempuhi untuk ke destinasi yang ditujui dan ianya tidak disukai oleh badan dan akal kita maka penulis menamakannya masalah negatif. Sebenarnya kesemua masalah

Mata - Penukaran Sudut Pandangan Positif

Image
Mata sememangnya memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan seharian kita. Namun, pandangan 'mata' perlu diubah ke pelbagaian sudut apabila mendapat sesuatu masalah atau tugasan yang perlu diselesaikan. Yang pentingnya ialah alihkan pandangan mata dengan melihat dari sudut yang berpositif. Tumpukan perhatian kepada sudut – sudut positif yang dapat dilihat dengan ‘mata hati’ dan fikiran untuk mencari penyelesaian bagi masalah atau tugasan tersebut. Fikirkan perancangan yang melibatkan kaedah, cara, pandangan, komen, jangkamasa dan sebagainya yang dapat digunakan didalam proses penyelesaian ini.

Pengurusan Masa / Time Management

Kefahaman tentang pengurusan masa memainkan peranan yang amat penting kerana ianya dapat mengurangi 'pembaziran masa' yang merangkumi produktif dan pencapaian individu dari segi pengurusan perkara penting, peningkatan produktif dan keberkesanan pekerjaan, menikmati kehidupan yang seimbang dan pengurangan tekanan terhasil dari pengurusan masa yang tidak berkesan. Adalah penting untuk setiap individu mempelajari tentang perancangan, membuat keputusan, pengurusan kertas dan kemahiran berkomunikasi untuk memiliki kemahiran secara positif menyelia, mengurus dan mengatur setiap perancangan dan pekerjaan di dalam masa yang bertepatan. Mutual understanding of the time management plays an important role because it can minimise 'time waste' which plague our personal productivity and sense of achievement from the perspective of manage priorities, increase work effectiveness and productivity, enjoy a more balanced lifestyle and reduce the stress which results from a lack of effecti

Renungan

Image
Setiap kali apabila mengendalikan sesi latihan motivasi, penulis sering mengajukan persoalan kepada para peserta mengenai perkara pertama yang kita akan lakukan apabila tersedar dari tidur pada setiap pagi? Pelbagai jawaban yang diberikan oleh para peserta berdasarkan kepada amalan biasa kehidupan mereka. Sebagai manusia biasa, kita akan meneruskan amalan sedemikian dari satu kepada generasi kepada generasi yang lain. Namun, kesemuanya bukanlah jawaban yang tepat dan kiranya tidak salah dikatakan bahawa sebagai manusia, kita bersikap angkuh dan sombong kepada diri kita sendiri samaada kita sedar, lupa atau sengaja buat-buat terlupa. Fikirkanlah......

Kemalangan : Simpati atau Dielakkan?

Seperti kelazimannya, berita tentang kemalangan jalanraya samaada yang kecil atau yang menggerunkan sering dipamerkan di dada-dada akhbar tempatan tapi cara penyampaiannya kini telah berubah seperti mengharapkan simpati para pembaca untuk turut serta merasai kepiluan pihak yang terlibat. Bukan persoalannya tentang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap pihak yang ditimpa sesuatu mushibah tapi pokoknya yang penting ialah tindakan yang mesti diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan dari terjadi atau berulang. Sedar atau tidak, kebanyakan kita sudah mulai mengenepikan atau tidak mempedulikan langsung peraturan jalanraya dan keselamatan diri dengan mengambil cara mudah atau jalan singkatan untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Sedar atau tidak, bukan setakat peraturan jalanraya sahaja malah kekadang merangkumi keselamatan diri, keluarga dan sebagainya diabaikan begitu sahaja. Perubahan kearah tindakan yang berpositif perlu dilakukan segera bagi menyedarkan mereka - m

Hebatkah kita ?

Adakah dengan mengatakan bahawa ‘aku hebat' telah menjadikan kita sedemikian? Adakah setiap kali timbul masalah, kita cuba menafikannya atau meninggalkannya untuk diselesaikan oleh orang lain? Adakah kita boleh menerima sebarang perubahan di tempat kerja? Adakah kita fikir kehebatan kita melebihi dari orang lain? Adakah kita merasa diri kita yang terbaik berbanding yang lain? Adakah kita sentiasa peka keadaan sekeliling dan bersedia menerima sebarang maklumat baru? Adakah kita benar – benar memahami kehendak diri, keluarga, kawan dan pihak pengurusan? Kita lebih mengenali diri kita sendiri…………….

Dimanakah ketenangan?

Terfikirkah oleh kita mengapa disekiling kita diselubungi dengan warna kehijauan, bunyi merdu aliran air sungai dan kecantikan alam semulajadi? Ketiga-tiga perkara ini merupakan asas penting untuk kita mencari, memiliki dan mengecapi ketenangan. Sayang sekali, dewasa ini warna kehijauan semakin menghilang dan digantikan dengan pelbagai warna lain. Kemerduan aliran air sungai semakin sayup kedengaran dan hilang begitu saja. Kecantikan asli semakin terhakis dan diganti dengan kepalsuan. Semakin ramai hilang pertimbangan dan kesabaran di dalam mengharungi liku - liku kehidupan yang penuh dugaan dek kerana kelazatan ketenangan semakin pudar. Oleh itu, kembalilah kepada kehijauan, aliran air sungai dan kecantikan agar ketenangan bertapak semula di jiwa kita.

Nilaikanlah diri sendiri

Penulis masih ingat semasa menjalankan satu sesi latihan motivasi di mana para pesertanya yang agak tegar dengan sikap negatif dan kritikan yang pedas telah mencadangkan agar penulis lebih memberikan contoh beberapa individu yang telah berjaya di dalam kehidupan mereka seperti Bill Gates, Christoper Warrant dan sebagainya untuk rujukan mereka. Penulis hanya tersenyum kerana persoalannya layakkah kita untuk memperkatakan tahap kecemerlangan dan kejayaan individu-individu tersebut sedangkan sikap dan pencapaian kita berada jauh kebelakang berbanding orang kebanyakan? Fikirkanlah dan renungilah diri kita dulu untuk bersedia menerima perubahan minda, lebih bersikap positif dan memberi mutu pencapaian yang terbaik.

Jujurkah kita?

Setiap hari kita sentiasa bergerak dan melakukan pelbagai tugasan didalam melayari kehidupan ini. Namun, terfikirkah oleh kita akan kejujuran yang dipratikkan di dalam menjalankan atau melaksanakan tugasan harian kita? Mungkin sesetengah individu berpendapat bahawa isu kejujuran ini adalah perkara remeh- temeh yang tidak perlu digempar-gempurkan kerana terpulang kepada mana-mana individu untuk memikirkan sendiri cara dan kesan dari perlaksanaan tugasannya itu. Memang tidak dinafikan bahawa setiap individu berhak keatas dirinya sendiri namun persoalannya sekarang ialah kesan atau akibat dari ketidakjujuran kita di dalam menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugasan itu yang secara tidak langsungnya membabitkan pihak yang lain seperti keluarga, kawan dan sebagainya yang terpaksa mengganggungnya . Apakah kesan akibat dari ketidakjujuran ini? Sebenarnya banyak dan ianya kait-mengait diantara satu sama lain. Untuk mencari jawabannya maka perlulah ditenangkan diri, merenungi dan menganalsi

Coaching & Mentoring

Menguruskan orang kebanyakan menuju ke arah kejayaan bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang melibatkan kesabaran, pandangan jauh, penghargaan terhadap personaliti individu, keunikan orang kebanyakan dan pelbagai kebolehan. Kejayaan mengurus merupakan satu seni yang memerlukan penglibatan besar yang lebih daripada teknikal tahu-bagaimana dan kelantangan bersuara kuat. Pengurus perlu memahami tentang kelakuan manusia secara mendalam sekiranya ingin mengekalkan pencapaian tinggi para pekerjanya secara tetap. Untuk memaksimumkan pencapaian para pekerja, kunci para pekerja perlu dikenalpasti dan meletakkan pada tempatnya bagi membuka laluan mereka kearah kejayaan. Penemuan yang mengagumkan ini hanya akan dicapai dengan bekerja rapat bersama orang perseorangan berdasarkan asas individu. Disini bermulanya coaching & mentoring sebagai peraturan pengurusan dengan kekukuhan akar umbi di dalam membentuk suasana bekerja yang lebih bersifat peribadi dan kepu

Agricultural

This topic is very fascinating and should be discussed deeper because in it we can be self-reliance since we have all the natural and required resources to be developed. Efforts should be exerted towards upgrading the HI-tech technologies knowledges and full-supported to all low-income farmers and seriously entertained their applications. Moving towards hi-tech sector is excellent because more foreign investors, more business operations and more job opportunities. This diversification would also support the opportunity of increasing the food production to fulfill the requirement. Pertaining to more profits earned from foreign investors, taxes or any other charges can be implemented for the country's beneficial. Fast actions and plans should be executed to prevent any local and foreign investors started to search for better and well-profitable targets to throw their monies.

Lampu isyarat

Apabila tiba dipersimpangan lampu isyarat yang sedang menyalakan warna merah, adakah anda, pilihan 1. meneruskan juga perjalanan anda atau pilihan 2. anda tetap berhenti sehingga lampu isyarat bertukar warna hijau, walaupun sedikit atau tiada kenderaan lain dipersimpangan tersebut? Mungkin pilihan 1 adalah pilihan anda dengan alasan hanya orang bodoh sahaja yang menunggu sehingga lampu isyarat bertukar warna kerana tiada kenderaan lain waktu itu. Apatah lagi, dengan bermotorsikal, anda boleh mencelah pada bila-bila masa walapun anak sedang membonceng dibelakang anda terhuyung-hayang. Mungkin pilihan 2 adalah pilihan anda dengan alasan undang - undang tetap dipatuhi walapun tiada sebarang kenderaan yang lalu lalang kerana keselamatan anda dan pembonceng tetap diutamakan. Sebenarnya prinsip penggunaan lampu isyarat ini telah wujud didalam diri kita. Ianya dapat mempamerkan sikap, penerimaan dan penyelesaian kita terhadap sesuatu perkara, isu atau masalah yang melanda atau bersangkuta

Pemikiran Positif?

PEMIKIRAN POSITIF? Pemikiran Positif merupakan salah satu dari pelbagaian kaedah di dalam bidang pembangunan pengurusan yang diamalkan oleh kebanyakan organisasi untuk memacukan produktiviti dan komitmen pekerja – pekerja bagi mencapai hala tuju dan objetif yang ingin disasarkan. Ia tidak kurang pentingnya di dalam diri setiap individu untuk menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan di dalam menjalankan pekerjaan seharian. Namun, kita hanyalah manusia biasa yang mengalami pasang surut di dalam mengharungi liku – liku kehidupan yang kadangkala memberi tekanan sehingga mengganggu-gugat pencapaian kita. Tidak kurang juga dengan segelintir para pekerja yang menolak perubahan sikap atau enggan menerima pembaharuan. Masalah sebegini boleh mempengaruhi perancangan pihak pengurusan untuk mencapai sesuatu objektif dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pemikiran Positif adalah latihan dalaman yang dapat memberi kebaikan kepada semua pihak dari pelbagai bidang atau jawatan kerana ianya berka