Benarkah sudah mengenali diri?

Benarkah sudah kenal benar diri sendiri? Mungkin jawapannya mudah saja kerana sudah bertahun - tahun 'hidup' bersama, tidur sebantal, dari tidak berupaya sehingga boleh berusaha sendiri, dari kecil sehingga besar, dari tatik sehingga berlari, dari bodoh sehingga cerdik, dari sakit sehingga sembuh, semuanya berbuat bersama, bangun bersama, bekerja bersama, berfikir bersama. Tiada sendirian, tetap bersama.
Maka jawapannya mudah saja. Ya, kenal dan tersangat kenal kerana milik bersama, setiap saat setiap masa bersama. Sikap, pelakuan, perbuatan, percakapan semuanya sudah dikenal dan memang terkenal bersama. Tiada yang lebih mengenal dari mengenalinya sendiri.
Persoalannya sekarang, benarkah sudah benar-benar mengenal? Benarkah jawapannya sedemikian rupa, sedemikian kata? Apa yang dikenal? Badan, perasaan, hati, jiwa, sikap, apa saja yang berupa, berasa dan terasa, luaran dan dalaman?Benarkah sudah pasti mahu mengatakan sudah benar-benar mengenal?
Pernahkah berdetik hati, berkata jiwa menasihati dan berpesan? Pernahkah terasa terganggu hati, terusik jiwa ketika perjalanan dimulakan, pekerjaan dilakukan? Pernahkah terasa dan merasa pujukan hati, belaian jiwa ketika menderita, kecewa melanda? Pernahkah terbayang, terpandang tayangan dihati, dijiwa berita indah, suka duka? Masih benarkah sudah benar-benar mengenal?
Renungilah.....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN