Posts

Showing posts from January, 2017

PNSL REUNION Bukit Bendera Resort Mentakab Pahang

Perjumpaan  bekas - bekas  krew PNSL di hotel Bukit Bendera Resort di Mentakab Pahang pada 10hb dan 11hb Disember 2016. Perjalanan dimulakan pada 4hb Disember 2016 pukul 9.00 pagi menuju ke beberapa lokasi sebelum bertolak ke Bukit Bendera Resort pada 9hb Disember pukul 11.00 pagi dari Damansara Utama. Perjalanan agak lancar dan agak banyak kereta di lebuhraya berkemungkinan percutian sekolah dihujung tahun. Sekitar sejam perjalanan, akhirnya tiba di perkarangan hotel sekitarnya pukul 2.00 petang. Setelah mendaftar masuk, pergi ke masjid berdekatan hotel lebih kurang 5 minit perjalanan untuk bersolat Jumaat sebelum ke Star Mall untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan melihat persekitran Menkatab. Perjumpaan dengan salah seorang dari pihak yang bertanggungjawab menjayakan majlis penyatuan berlanjutan  sehingga ke larut malam. Perjumpaan dengan yang lain pada sebelah pagi adalah sangat diharapkan. 

Lodge Inn Hotel Taiping

Image
Tiada sebarang urusan di Taiping cuma terasa ingin merehatkan badan dari kepenatan seharian. Lokasi hotel mudah dicari dan berdekatan dengan semua kemudahan seperti Masjid, bank, gerai makanan dan sebagainya. Suasana bilik pula agak memuaskan hati dan menyenangkan. Terubat juga keletihan sepanjang minggu bekerja.

Damanasara Empire : homestay

Pemilihan untuk bermalam semalam di Damanasara telah membuat Damasara Empire menjadi pilihan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan mengambil kira beberapa yang faktor yang berkaitan. Pada 20hb Julai 2016 dan sekitar pukul 3 ptg tiba di Damansara dan pencarian hotel tersebut sememangnya mudah cuma agar terkeliru dengan kelikuan jalanraya. Ketibaan di perkarangan Damansara Empire merupakan bangunan  tinggi puluhan tingkat  berkonsepkan condominium dan pejabat serta mempunyai beberapa bangunan yang serupa. Kekeliruan pada banyaknya pintu masuk / keluar pada bangunan tersebut dan kepayahan untuk meletakkan kereta maka dihubungi wakilnya untuk berjumpa di tepi jalan. Tiada lobi atau tempat yang bersesuaian untuk sebarang oerjumpaan dan jangan mengahrap sebarang resit kerana pembayaran dibuat ditepi jalan sahaja. Setelah selesai urusan pembayaran telah timbul perasaan tidak puas hati dan kecewa serta  disuruh pula mencari lot tempat kereta bersendirian yang berbelit belit dan penuh s