Posts

Showing posts from July, 2016

Aku redha seadanya

Seingat aku ketika aku kecil aku banyak membisu. Aku banyak mendengar, melihat dan memperhati. Walaupun aku dilahirkan sihat namun aku tiada tenaga seusia aku jadi aku sering dibuli. Namun aku berterusan memilih untuk membisu. Ketika memasuki alam pembelajaran, aku mengikuti abang - abangku pergi ke tadika bertempat disebuah bangunan kepunyaan Persatuan Budha Pulau Pinang. Masih segera difikiran ini ketika waktu rehat aku lebih suka berdiri di sebuah tempat pancutan air yang menempatkan banyak ekor  kura - kura yang bersaiz sederhana. Wajah guru -guru tadika yang berbangsa cina terutamanya seorang guru lelaki masih samar - samar terbayang diingatku. Pemergian abang - abangku ke alam persekolahan membuatkan aku terpaksa berpindah kesebuah tadika lain yang dibina diatas tanah sebuah gereja. Masih segera difikiran ini ketika aku terpaksa berselipar ke tadika kerana kaki aku luka akibat berendam di dalam kolah. Aku dimarahi ibuku kerana mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sarap

Mengapa perlu berpura pura, siapakah yang cuba kita tipu?

Orang yang berdosa ialah orang yang  bersalah.Orang  bersalah perlu di adili di mahkamah.Mahkamah pengadilan itu ada tiga: Pertama: Mahkamah dunia  yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah  manusia.Acap kali dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia di perdaya.Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaiknya yang benar pula  terhukum.Lalu , masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak didunia ini. Kedua: Mahkamah Akhirat  yang hakimnya ialah Allah Yang Maha  Adil.Di  sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti  kalah.Akan  ketara segalanya walau sepandai mana sekalaipun bersilat  kata.Saksi  dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan  lagi.apa  yang ada pada diri akan ‘hidup’ untuk menjadi saksi dan  pendakwa.Kulit , tangan,kaki dan segalai anggota akan menjadi saksi. Ketiga: Mahkamah Hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati  sendiri.Hati  kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan dan

Perbadanan Nasional Shipping Lines (PNSL) dalam kenangan

Image