Posts

Showing posts from April, 2009

Pintu mana yang satu?

Sepanjang perjalanan kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang kita lalui. Kekadang tersalah jalan yang kita tempuhi, maka kita cuba kembali ke persimpangan. Kembali mencari titik permulaan untuk mencuba perjalanan baru. Terfikirkah kita 'jalan' yang kita masuki atau termasuk ada mempunyai pintu - pintunya tersendiri yang tidak terlihat dek mata kasar namun jelas kelihatan dimata hati. Pintu - pintunya senang dibolosi namun kekadang payah merangkak keluar akibat tersesat, tersalah kiraan dimana 'pintu'nya. Beribu - ribu 'pintu-pintu'nya tiada berkunci namun tertutup rapat dan mudah ditolak untuk dimasuki setelah mata terpandang sesuatu indah, seronok, bahagia, ingin tahu terbentang dihadapan pandang. Kita berhak memilih perjalanan hidup kita sendiri. Kita berhak memilih pintu yang mana satu yang kita mahu. Kekadang kita tertanya - tanya bagaimana seseorang itu boleh menjalani atau melakukan atau berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau perka

Apa Sudah Jadi?

Apa sudah jadi? Lihatlah sekeliling anda. Pandanglah dengan penglihatan anda. Renunglah dengan pemikiran anda. Apa sudah jadi? Kita berlumba-lumba mengejar dan terkejar menjauhi diri dari perjalanan sebenarnya. Kita melupa atau buat - buat terlupa hakikat kehidupan kita di sini. Semakin hari semakin jauh kita menjarakkan diri dari kebenaran. Kini, yang buruk dianggap molek, yang jahat dianggap baik, yang palsu dianggap tulen. Apa sudah jadi.......

Berbohong atau Terbohong

Kekadang anda berasa atau terasa untuk berbohong untuk pelbagai alasannya yang anda fikirkan bagi kesenangan atau kepentingan diri anda, keluarga dan sebagainya agar permasalahan yang bakal timbul atau tertimbul dapat diselesaikan atau dielakkan. Biar apapun alasannya untuk berbohong namun terfikirkah anda bahawa adakah anda yang berbohong atau anda yang terbohong ? Seandainya keikhlasan anda menjadikan anda terpaksa berbohong agar tiada permasalahan berganti permasalahan. Tapi, berbohong sebagai kesempatan untuk kepentingan diri anda semata - mata agar terlepas dari permasalahan atau akibat perbuatan anda sendiri maka sesungguhnya anda telah terbohong diri sendiri. Malang sungguh terbohong kerana akibatnya terang lagi nyata, tiada sempat untuk berpatah balik. Kepayahannya berat lagi menyeksakan. Oleh itu, fikirlah sebelum anda berbohong dan masih berkesempatan untuk kembali memperbetulkan kepincangan yang terhasil. Kita manusia, banyak kesilapannya. Fikirkanlah....................