Kemalangan : Simpati atau Dielakkan?

Seperti kelazimannya, berita tentang kemalangan jalanraya samaada yang kecil atau yang menggerunkan sering dipamerkan di dada-dada akhbar tempatan tapi cara penyampaiannya kini telah berubah seperti mengharapkan simpati para pembaca untuk turut serta merasai kepiluan pihak yang terlibat.

Bukan persoalannya tentang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap pihak yang ditimpa sesuatu mushibah tapi pokoknya yang penting ialah tindakan yang mesti diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan dari terjadi atau berulang.

Sedar atau tidak, kebanyakan kita sudah mulai mengenepikan atau tidak mempedulikan langsung peraturan jalanraya dan keselamatan diri dengan mengambil cara mudah atau jalan singkatan untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

Sedar atau tidak, bukan setakat peraturan jalanraya sahaja malah kekadang merangkumi keselamatan diri, keluarga dan sebagainya diabaikan begitu sahaja.

Perubahan kearah tindakan yang berpositif perlu dilakukan segera bagi menyedarkan mereka - mereka yang bersikap negatif untuk berterusan melaksanakan anjakan yang berpositif agar mengelak sebarang kemalangan dari berulang atau yang malangnya melibatkan keluarga kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN