Posts

Showing posts from February, 2014

Sekolah Menengah Hamid Khan : Pengalamanku

Aku terkaku sebentar apabila menerima surat dari Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa aku ditempatkan di Sekolah Menengah Hamid Khan untuk tingkatan 1 tahun 1981. Sekolah tersebut yang berada lebih kurang 2 km dibelakang rumahku dimana abang keduaku, Isyak berada di tingakat 3 ketika itu. Aku terdiam bukan kerana aku takut atau tidak mahu ke sekolah tersebut namun terasa kehilangan kawan - kawan sepermainan sekolah rendahku yang kebanyakannya ditempatkan di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah masing masing. Aku maklumkan pada bapaku akan perkara tersebut dan beliau hanya tersenyum mendengarkannya kerana bersangkakan aku akan ditempatkan di sekolah menengah yamg lain. Pada suatu petang pada penghujung bulan Disember 1980, bapaku te ah membawa aku ke sekolah tersebut untuk urusan pendaftaran masuk dan setelah selesai pendaftaran tersebut, ketika sedang turun tetangga, bapaku hampir tergelincir dan apabila beliau dapat menimbangi badannya semula, beliau mengeluh' Peli

Hati Yang Luka

Ingatlah apabila anda telah berkehendak bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bernekad akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai. Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, d