Posts

Showing posts from October, 2009

Mencari Ketenangan

Di dalam mengharungi perjalanan ini, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang merebah dijiwa yang membuat kita tertekan. Bak kata orang yang bijak-pandai, “Hidup ini bagaikan berlian yang bersinar. Namun, warnanya terpulang kepada cara orang melihatnya”. Oleh itu, di dalam lemas mengharungi rintangan jiwa kita tercari - cari pintu ketenangan agar dapat memberi suntikan buat bekalan menempuh kehidupan ini. Pebagai cara yang digunakan, diusahakan agar ketenangan berputik dihati dan dijiwa kita. Namun kekadang kita berjaya, kekadang kita gagal dan jatuh di persimpangan jalan, kekadang kita mengalah dan membiarkan diri dipukul arus kelemasan jauh dari perjalanan yang sebenarnya lagi menenangkan. Selagi badan setia bergerak, bangunlah mencari ketenangan dengan meletakkan sesuatu kepada tempatnya maka kita akan mencapai pintu ketenangan di hadapan mata kita. Carilah ia dan berterusanlah mencari dengan kesabaran dijiwa. Pintunya ada dihadapan kita cuma kita tidak dapat membuka kerana 'ma

Amanah melaksanakan pembangunan manusia

Individu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan ini secara tidak langsung mempunyai naluri untuk memenuhi kemahuannya sendiri yang diluar garisan yang tertentu yang boleh difahami sebagai kesempatan. Perkara ini terhasil kerana tidak mahu atau pura - pura tihak mahu memahami apakah yang dimaksudkan sebagai amanah. Kelemahan dalam memegang amanah disebabkan kelonggaran keimanan menjadikan kehidupan yang hakiki dan sementara menjadi tidak seimbang. Manusia dicipta untuk menjadikan kehidupan ini penuh keharmonian dan kesejahteraan dan budaya bekerja mesti dipandang sebagai tanggugjawab yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Fikirkanlah..........

Kerenah Manusia

' Kita mesti menjadi perubahan untuk melihatnya' - Mahatma Gandhi Sememangnya manusia mempunyai 1001 kerenah yang tiada terdaya kita melayannya. Dari perspektif sejarah sendiri telah banyak memperlihatkan pelbagai kerenah manusia yang patut dijadikan renungan dan tauladan bagi melayari perjalanan hidup ini agar tiada berulang kesilapan dan kesalahan. Bertolak dari titik permulaan perubahan inilah kita sendiri perlu merubah diri kita ke arah yang benar agar menjadi ikutan, contoh dan tauladan buat yang lain serta menanam sedikit kepercayaan dari mereka - mereka samada keluarga, kawan - kawan, pekerja dan masyarakat. Bermula dari sedikit kepercayaan inilah maka berkembang sinar menyuluh jiwa dan perasaan setiap individu yang terpaut dan terlibat agar bersama - sama merubah diri ke arah benar dan memperbetulkan perjalanan hidup seharian.Dari sini jua maka bertambahlah kepercayaan tersebut menjadi benteng yang kukuh buat mempertahankan yang benar dan menangkis yang batil. Sememangn

Contoh untuk direnungi

Ketika menjalani latihan di BSI Product Services UK sebagai persiapan untuk jawatan yang disandang, penulis telah diperkenalkan kepada salah seorang pengasasnya yang berumur 76 tahun yang berbesar hati menerima penulis dan kami telah berbual mesra selama 2 jam. Diakhir perbualan, beliau telah menawarkan diri untuk menghantar penulis kembali ke jabatan latihan. Ketika sampai disitu, rakan penulis yang bertanggungjawab ke atas latihan penulis sedang berbincang sesuatu dengan rakannya. Pengasas itu menanti dengan sabar selama 15 minit sehingga perbincangan tersebut selesai hanya untuk memaklumkan pelepasan penulis disitu yang tidak sampai pun 2 minit. Rasa-rasanya bolehkah kita bertindak sedemikian? renungilah.........

Tenangkan hati

Image
Cuba - cubalah luangkan seminit dua melihat susana sekeliling kita dimana kita akan kagum dengan kecantikan alam kehidupan yang menenangkan hati.

Mengapa perlu Ego ?

Mengapa kita perlu sombong, bongkak atau ego dengan apa yang ada pada kita ? Kebendaan, kepandaian, kecekapan, kecerdikan, kepantasan, darjat, posisi, semuanya hanyalah mainan hidup yang akan terhenti dan hilang di pertengahan jalan. Kita perlu sedar bahawa apabila kita ditimpa ujian, terjatuhnya hukuman, badan sudah mengeluh tua atau penyakit singgah sebentar atau sehingga ke akhir perjalanan, kita akan hilang satu persatu atau semuanya. Kita perlu sedar bahawa tiada yang kekal dan abadi kerana apa yang ada termasuk kita hanya pinjaman sementara dan perjalanan ini mempunyai tugasan sendirian yang mesti diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana tiada kedua kalinya untuk melakukan yang terbaik. Oleh itu kita mesti melaksanakan setiap pekerjaan dan tanggungjawab kita yang terbaik setiap hari. Kita perlu sedar bahawa setiap satu tindakan, perbuatan dan percakapan mempunyai pembalasan yang pasti mendatang. Oleh itu mengapa perlu ego ?

Coaching & Mentoring

Menguruskan orang kebanyakan menuju ke arah kejayaan bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang melibatkan kesabaran, pandangan jauh, penghargaan terhadap personaliti individu, keunikan orang kebanyakan dan pelbagai kebolehan. Kejayaan mengurus merupakan satu seni yang memerlukan penglibatan besar yang lebih daripada teknikal tahu-bagaimana dan kelantangan bersuara kuat. Pengurus perlu memahami tentang kelakuan manusia secara mendalam sekiranya ingin mengekalkan pencapaian tinggi para pekerjanya secara tetap. Untuk memaksimumkan pencapaian para pekerja, kunci para pekerja perlu dikenalpasti dan meletakkan pada tempatnya bagi membuka laluan mereka kearah kejayaan. Penemuan yang mengagumkan ini hanya akan dicapai dengan bekerja rapat bersama orang perseorangan berdasarkan asas individu. Disini bermulanya coaching & mentoring sebagai peraturan pengurusan dengan kekukuhan akar umbi di dalam membentuk suasana bekerja yang lebih bersifat peribadi dan kep

Kembalilah

Marilah kita kembali ke jalan yang sebenarnya. Masih berkesempatan untuk mencari pintunya yang terbuka luas di hadapan mata. Masih berkesempatan untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan atau terlaku. Letakkan sesuatu pada tempatnya dengan hati dan fikiran yang tenang. Ketenangan akan membuat kita sedar dan memilih yang terbaik untuk diri tanpa terjebak kedalam keburukan. Kembalilah....sebelum kita terlambat kerana kelak pintunya akan hilang. Kita akan terkial - kial mencari penyelesaian yang tiada caranya.

Pelik tapi Benar

Saban hari kita melakukan perkara yang sama dari awal pagi sehingga malam hari berlabuh. Setiap detik masa berlalu pergi membawa lipatan sejarah tersendiri. Sedarkah atau pura - pura tidak sedar akan kita bahawa kita semakin berkurangan masa. Namun kita berfikiran bahawa masih ada masa dan berterusan melakukan kesilapan demi kesilapan. Perhatikan sekeliling kita bagaimana setiap insan yang bernyawa masih leka melepaskan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan bekalan. Kekadang kita merasakan bahawa dunia ini kita yang punya. Berkelakuan dan bertindak sesuka hati baik semasa sendirian, bersama kawan - kawan, keluarga atau di tengah masyarakat. Lihatlah di jalan raya bagaimana kita memilih untuk berterusan berkelakuan pentingkan diri sendiri. Kita seolah - olah memilih pintu yang setiap detik menjauhkan kita dari kebenaran. Kita seolah - olah berkelakuan seumpama orang yang tidak berilmu bertindak sesuka hati. Jangan kita lupa setiap tindakan dan perbuatan ada pembalasannya. Tiada yang te