Perjalanan Yang Jauh

Di dalam kita mengharungi kehidupan ini yang berliku - liku, penuh dengan onak berduri, pelbagai suka-duka, rintangan dan dugaan, ditempuhi juga dengan peningkatan usia setiap saat atau pengurangan masa untuk sampai ke penghujung perjalanan. Walau sepahit atau sepedih mana pun perasaan, hati, jiwa dan batin terasa dan terseksa, tiada langsung jalan berpatah balik, tiada langsung peluang untuk undur ke belakang, tiada langsung pilihan untuk tidak menolak, tiada langsung masa boleh dianjak kembali. Tiada langsung boleh diubah atau diperbetulkan apa yang telah terkata, terbuat dan terlaksana. Melainkan meneruskan jua perjalanan kehadapan dan berterusan mencari jalan - jalan perbetulan untuk kesilapan perkataan, percakapan, perbuatan, kelalaian, tindak-tanduk dan jalan - jalan penyelesaian untuk kesedihan, kepiluan, kesakitan, ketakutan dan jalan - jalan kebahagiaan untuk ketenangan, keselesaan, kecintaan.

Jalan - jalan yang dicari dan tercari jelas terbentang di hadapan namun pencapaiannya bukannya mudah kerana memerlukan kecekalan, keberanian, kesanggupan untuk bangun berdiri, berjalan dan berlari walaupun keletihan, kepenatan, kelesuan, kehausan teramat sangat dengan perjalanan yang telah ditempuh. Kalau kekesalan dibiarkan melayang - layang menguasai dan berkuasa, akan terhentilah kaki, akan penatlah badan, akan lesulah akal dan semuanya berhenti, terhenti dan mematikan untuk menanti di tengah perjalanan.

Sememangnya penantian itu suatu penyeksaan, menyeksa, terseksa kerana semuanya bergantung, tergantung dan menggantung akibatnya tiada peningkatan, tiada pergerakan walaupun seinci, sedengkal, sekaki kedepan. Maka punahlah harapan, hancurlah segala persiapan, kehendak, keinginan, kemahuan sewaktu menempuh perjalanan permulaan, pertengahan.

Masa berdetik dan berterusan berdetik, tiada penantian, tiada penungguan, tiada kelewatan walaupun sesaat. Biar apapun yang menyerang, menghentam angkatkan, majukan, langkahkan setapak kedepan. Hanyungkan tangan membantu badan, meringankan badan menguasai kembali pergerakan, kemajuan kaki dan semuanya berterusan menghala ke jalan kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan yang telah dipilih, terpilih dan memilih. Tiada lagi perasaan melayang - melayang, terawang - awang membina, terbina, bertapak dan tertapak melambatkan perjalanan ini.

Maju dan berterusan maju, tiada lagi toleh, menoleh, tertoleh kebelakang mengharap, terharap sebarang pengharapan yang boleh diharapkan. Percayalah diri, yakinlah diri tanpa keraguan lagi, tanpa melayan bisikan, hasutan kenakalan luaran. Teruskan dan meneruskan perjalanan sehingga mengecapi kegembiraan, ketenangan, kegembiraan, kecintaan yang dicari dan tercari sehingga sentiasa bersiap dan tersiap untuk perjalanan yang tidak noktahnya, jauh dan amat jauh.

Teruskan perjalanan dengan ketenangan, kesediaan untuk apa jua dugaan, cabaran, usikan yang mendatang, terdatang sehingga perjalanan mengakhiri, terhenti menandakan masanya untuk kembali.....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN