Posts

Showing posts from December, 2008

Benarkah kita boleh memimpin?

Benarkah kita boleh memimpin? Kearah dan tujuan manakah kita memimpin? Apakah kelengkapan dan persediaan sudah sedia, tersedia untuk memimpin? Setiap orang boleh memimpin namun bagaimanakah ia harus dijalankan, dilaksanakan ? Anggota badan yang dipimpin tiada menjerit, tiada menolak, tiada membangkang mengikuti, menuruti kemahuan, kehendak kita menjalani jalan yang dipilih, yang terpilih walaupun ianya salah, tersalah, merugikan. Kita berterusan menjalani jalan kita. Tanpa mengenangkan keluhan, pengorbanan anggota badan memenuhi keperluan kita tanpa banyak persoalannya. Kita mungkin terlupa di saat memimpin bahawa apa yang pada kita hanya pinjaman semata - mata. Bukan milik kita. Seharusnya kita sedar dan tersedar bahawa pinjaman ini tiada kekalnya akan kembali keasalnya. Kepemimpinan kita kelak akan dipersoalkan, dipertanggungjawabkan. Setiap yang memimpin akan dipertanyakan kepemimpinannya. Fikirkanlah....

Benarkah kita melihat ?

Benarkah kita melihat apa yang dilihat? Atau hendak melihat apa yang mahu dilihat? Atau melihat yang terlihat saja? Atau melihat apa yang tiada terlihat? Melihatlah dengan segala kelengkapan yang telah diberi. Melihatlah segala yang ada, terada, diada sebelum tiada terlihat selamanya. Rugi seandainya kemudahan diberi tiada digunakan, dipaktiskan, dipakaikan untuk tujuan pemahaman, keyakinan, penyerahan dan kesedaran. Melihatlah apa yang ada, dihadapan, dibelakang, dikanan, dikiri dan semuanya dengan keinsafan dan kesedaran. Melihat dengan penyerahan dan kesedaran akan bertambahlah penglihatan akan apa yang terada setelah ditiadakan, dihalangkan dan dihilangkan. Akan terpancarlah penglihatan melihat dan berterusan melihat rahsia - rahsia apa yang tersimpan, tersembunyi dari pandangan sebelum agar meningkatlah pemahaman dan kesedaran akan perkara-perkara yang tiada kepada ada, terada dan diadakan. Melihatlah dengan kesungguhan, keyakinan agar perjalanan hidup akan berisi dan bertambah

Dimanakah cahaya ?

Penat berjalan, terhuyung-hayang, longlai kaki bergerak, setapak demi setapak namun cahaya pengharapan masih jauh nun di hujung ufuk. Bersinar indah terang menyuluh bagai menggamit mari kemari. Sejauh berjalan bagai semakin jauh ia kedepan. Sudah berhari-hari, sudah berminggu-minggu, sudah berbulan-bulan, sudah bertahun-tahun, bergerak dan bergerak mengharungi kegelapan mencuba mencapai cahaya sinar bersinar namun tiada juga kesudahannya. Kepenatan menyelubungi jiwa, menekan hati ke arah kekesalan, membawa kekecewaan singgah mencuba bersarang. Menimbulkan keraguan, menimbulkan persoalan, menampakkan kegagalan dihadapan mata. Melemahkan badan agar kaki tangan turut terasa melambatkan perjalanan, menghentikan pengharapan. Namun....terlupanya kita cahaya pengharapan bersama kita. Turut merasai kesakitan, kepenatan, kekecewaan yang dirasai kita. Namun kita tidak sudi mengenalinya, membongkar rahsianya, membenrkan ia keluar menyelubungi perjalanan kita, memimpin kita kearah perjalanan yan