Posts

Showing posts from June, 2009

Apa sudah jadi dengan kita?

Apa sudah jadi dengan kita? Tidak kira apa bangsa, Rata – rata sudah jadi macam orang tidak tentu hala, Memandu kereta macam jalanraya kita yang punya, Langgar lampu isyarat langgar orang macam perkara biasa, Kemalangan kecil kemalangan maut selalu menjadi bahan utama, Sampai naik pening kepala pihak berkuasa, Mencari – cari penyelesaian yang terbaik untuk semua, Pi mai pi mai tang juga, Kita duk buat perangai tu juga. Apa sudah jadi dengan kita? Tidak kira peringkat usia, Bergaduh sana bergaduh sini macam tidak ada kerja, Pukul sana pukul sini macam dunia ini kita yang punya, Orang kebanyakan yang menjadi mangsa, Kesian pada pihak berkuasa, Tak habis kerja lama bertimbunlah kerja baru pula. Apa sudah jadi dengan kita? Mana pergi budi dan bahasa? Mana pergi sikap bertolak ansur dan peramah semua? Bercakap pandai perlajaran tinggi bergulung-gulung ijazah semuanya ada Tapi di mana sikap kemanusiaan semua? Apa sudah jadi dengan kita? Memang benar masa tidak menunggu sesiapa, Curilah sedi

Pemandangan indah di angkasa

Image
Keindahan letupan supernova benar -benar mengagumkan dan memukaukan mata - mata yang memandang.

Pemandangan yang menyenangkan

Image
Keindahan pemandangan diwaktu syuruk mendatangkan ketenangan dihati dan mententeramkan jiwa.

Pemandangan yang unik

Image
Dua buah kapal yang sedang bersandar di dermaga bagaikan dua kereta yang diletak berhampiran di dalam lot 'parking'.

Pemandangan yang terlepas pandang

Image
Sebuah rumah lama di Pulau Pinang yang tersepit dicelah bangunan - bangunan pemodenan yang rancak dibangunkan.

Pemandangan yang jarang-jarang berlaku

Image
Sebuah kapal Tentera Laut Asing sedang ditolak oleh kapal tunda untuk disandarkan di dermaga Pelabuhan Pulau Pinang.

Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi? Kita berlumba - lumba menjauhi diri dari perjalanan yang benar lagi betul. Apa sudah jadi? Kita berusaha mencapai perkara yang tiada kekal abadi. Apa sudah jadi? Kita menipu diri untuk perkara yang bersalah. Apa sudah jadi? Kita berkata tiada kebenaran, berbuat yang salah demi kepentingan diri. Apa sudah jadi? Kita menghancurkan, memunsahkan, menyusahkan kehidupan makhluk lain untuk kesenangan diri. Apa sudah jadi? Kita ketawakan mereka yang benar, menangkan mereka yang jahil. Apa sudah jadi? Kita berlagak seolah kehidupan ini milik seorang, sedangkan yang lain tercari-cari, meminta - minta kehidupan. Apa sudah jadi? Kita membazir segalanya, sedangkan yang lain merangkak - rangkak mencari sesuap nasi. Apa sudah jadi? Kita 'membuta'kan mata melihat kebenaran, 'mencelik'kan mata melihat kebatilan. Apa sudah jadi? Kita menentang, menghentam mereka yang berkata benar, menyokong mereka yang berkata nusta. Apa sudah jadi? fikirkanlah sebelum perjalanan hidup t

Adakah kita benar?

Adakah kita benar? Benar di dalam percakapan, perbuatan dan perjalanan hidup. Benar kepada diri, keluarga dan sahabat handai. Sememangnya kita akan membenarkan apa yang kita merasa dan terasa benar walaupun kekadang kita sedar dan tersedar kita tidak benar untuk membenarkannya. Namun, untuk melepaskan kesalahan dan kesilapan kita bersanggupkan membenarkan perkara, percakapan, perbuatan yang tidak benar. Adakah kita fikir bebas dari semuanya? Ingatlah setiap perbuatan dan percakapan ada pembalasannya. Akibatnya nanti kita yang tanggung samada ianya ringan atau berat. Fikirkanlah............

Layakkah anda sebagai pemimpin?

Kepimpinan memainkan peranan yang kritikal di dalam penyatuan pekerja. Menjadi pemimpin yang berproduktif tinggi tidak semestinya melayakkan anda sebagai pemimpin yang hebat. Christopher Stewart, Naib Presiden Kumpulan Gallup menyatakan ' Kepimpinan yang menentukan warna...orang perseorangan menyertai sesebuah organisasi itu kerana reputasinya dan 70% pekerjanya meninggalkannya kerana pengurusan yang buruk'. Pemimpin tidak berada di setengah - tengah tempat atau situasi kerana posisinya. Anda hanya boleh memimpin sekiranya berkelayakan untuk memimpin dan mengamalkan resipi integrasi iaitu memiliki karakter moral yang kuat, jujur, menerima kegagalan, memulih dari kegagalan dan berpegang kepada janji. Tidak kurang pentingnya kematangan emosi yang melibatkan kesedaran & pengurusan diri, kesedaran & pengurusan lain. Tugasan yang paling penting yang mesti dilaksanakan oleh seseorang pemimpin adalah dengan membina benteng kepercayaan termasuk hormat, maruah, intergrasi, saksa