Jujurkah kita?

Setiap hari kita sentiasa bergerak dan melakukan pelbagai tugasan didalam melayari kehidupan ini. Namun, terfikirkah oleh kita akan kejujuran yang dipratikkan di dalam menjalankan atau melaksanakan tugasan harian kita?

Mungkin sesetengah individu berpendapat bahawa isu kejujuran ini adalah perkara remeh- temeh yang tidak perlu digempar-gempurkan kerana terpulang kepada mana-mana individu untuk memikirkan sendiri cara dan kesan dari perlaksanaan tugasannya itu.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap individu berhak keatas dirinya sendiri namun persoalannya sekarang ialah kesan atau akibat dari ketidakjujuran kita di dalam menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugasan itu yang secara tidak langsungnya membabitkan pihak yang lain seperti keluarga, kawan dan sebagainya yang terpaksa mengganggungnya .

Apakah kesan akibat dari ketidakjujuran ini? Sebenarnya banyak dan ianya kait-mengait diantara satu sama lain. Untuk mencari jawabannya maka perlulah ditenangkan diri, merenungi dan menganalsiskan setiap tindakan atau perbuatan kita di dalam melaksanakan tugasan harian kita.

Terpulanglah kepada diri sendiri untuk menerima atau menolak setiap jawapan yang terhasil dari 'penyiasatan' ini kerana kita bertanggungjawab penuh keatas diri kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN