Posts

Showing posts from December, 2009

Kalau hati sudah tercalar

Kalau hati sudah tercalar, buatlah pelbagai cara pasti tiada hasilnya. Perhubungan, kepercayaan dan keyakinan sudah malap jadinya. Setiap yang baik sesudahnya pasti dilihat buruk rupanya. Biar tinggi perancangan, biar mahal perbelanjaannya, biar hebat penghasilannya nanti namun pasti tergendala dipertengahan jalan. Seandainya kekerasan atau peraturan digunakan untuk memacu perlaksanaannya pasti bertambah ketebalan penghalangnya. Malah bertambah lagi kebencian dihati. Sebaiknya jalan perbaikilah jurang perhubungan, kepercayaan dan keyakinan dengan perlaksanaan perancangan yang lebih tulus yang tiada mementingkan sebelah sebaliknya mempamerkan kesungguhan untuk berbuat yang terbaik. Adalah diharapkan sekiranya ada sedikit ruang untuk menimbulkan kembali keyakinan agar terubatlah hati yang tercalar.