Masa

Sekadar duduk menanti, ternanti, menung, termenung tidak akan kemana - mana malah masa sudah berlalu laju. Rugi sememangnya rugi seandainya tiada usaha, tiada hasil diisi dalam masa yang pergi. Masa itu terlalu penting untuk dilepaskan begitu saja. Tiada peralatan, tiada kemudahan, tiada peluang bagi menunda perlaluan masa. Ia tetap berlalu, berlari setiap waktu setiap saat, tiada terlewat, tiada terawal, tetap berdetik pada waktunya, tepat pada anjakannya.

Gunakanlah, rancangkanlah, isikanlah sebaik, seelok, semolek, sekemas, seindah waktu, masa yang sedang mendatang, bergerak dan berlalu. Usah dibiarkan ianya pergi tanpa perisian, tanpa hasilnya. Buatkan yang terbaik setiap hari, setiap masa kelak tiada kesal dijiwa. Terganggu gugat perasaan diwaktu pengakhir jalan sudah hampir tiba.

Berusahalah dengan kesabaran dan ketenangan. Kelak kebahagiaan, kepuasan pasti bersinar.

Comments

ezineartikel said…
YES ! Gunakan masa yang ada kita sebagai satu asset yang tak boleh di ganti . Jika ada tips untuk menguruskan masa sila post it ke http://www.ezinearikel.com untuk sama sama kita belajar.

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN