Pemikiran Negatif : Bolehkah Diubah?

Seandainya pemikiran seseorang itu disaluti, tercalit, terbawa unsur - unsur negatif, maka segala pandangan, penglihatan, perbuatan, perkataan, percakapannya dibayangi negatif semata - mata. Tiada yang indah, terindah, hebat terhebat di mata, dihatinya dipandang, memandang, terpandang segala apa yang ada di hadapan.

Kebanyakan percakapan, perbuatan dan pandangannya menguris hati, melambatkan perancangan syarikat, mengganggu setiap persiapan yang akan dilaksanakan.

Juruteru, pelbagai cadangan menyusul agar si negatif, pemikir negatif, orang yang negatif ini dipulaukan, dijauhkan, dipinggirkan saja agar tidak menyusahkan atau mendatangkan sebarang kekacauan kepada semua pihak yang terlibat baik kaum keluarga, kawan sepejabat atau pihak pengurusan. Namun, ada jua yang mencadangkan agar dikaunselingkan individu yang bersikap negatif agar dapat menimbulkan kepositifan di kotak mindanya.

Sememangnya mereka - mereka yang bersikap atau bermotifkan negatif ini mengalami atau membawa unsur ini kerana pelbagai alasan dan sebab munsabab yang mendorong kenegatifan bertapa di minda mereka dan berterusan berkuasa dan menguasai menolak sebarang pandangan, penglihatan positif terhasil.

Kemungkinan perasaan jiwa terganggu atau pengalaman pahit dialami membuat seseorang individu berterusan menyimpan tanpa sebarang luahan kepada pihak lain. Kesedihan, kemarahan, kesakitan yang disimpan rapat membuatkannya berterusan enggan berkomunikasi secara lisan meluahkan apa yang terpahat di jiwa agar dapat dibimbing kembali keluar dari kotak kebingungan. Akhirnya, kedegilan menguasai pemikiran lantas menjadikannya bersifat negatif.

Oleh itu, adalah penting untuk merapati individu yang bersikap negatif ini dari arah yang lain agar dibenarkan berkomunikasi dengannya secara tenang dan aman. Asakan, paksaan, amaran keras tidak boleh dijalankan, dilaksanakan yang akan membuatkan individu, mereka - mereka yang bernegatif ini menolak terus dan tiada lagi keizinan untuk berinterasi secara tenang.

Berilah peluang kepada mereka untuk berubah dan diubah. Tiada langsung kemaafan atau peluang untuk kemajuan akan menolak mereka - mereka ini jauh terpinggir dan akan bertambah teballah kenegatifan mereka.

Fikirkanlah........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN