Posts

Showing posts from January, 2010

Aduan Pelanggan

ADUAN........Apabila terdengar sebutan tersebut, maka kita akan tertekan, marah, kecewa dan terancam. Mengapa ungkapan tersebut sukar diterima? Kemungkinan ianya berkaitan dengan persepsi yang merangkumi makna perkataan 'ADUAN'. Selalunya kita sentiasa berfikiran negatif terhadap katanama tersebut. Bagi kita ianya seolah - olah perkataan buruk yang akan terjadi kepada kita. Diantara perkara yang sering bermain di minda ketika aduan diterima: masalah, rungutan, tekanan, marah, takut, ancaman, hukuman, konflik dan sebagainya. Oleh itu, perlu dicari perkataan alternatif untuk mengelakkan yang negatif: isu, cadangan, pendapat dan sebagainya. Pelanggan selalunya tidak mahu terlibat sebagai seorang yang suka membuat aduan. Hakikatnya aduan adalah peluang untuk lebih memperbaiki perkhidmatan.