Posts

Showing posts from October, 2011

Bangsa Melayu : bangsa yang terkenal dengan lautan

Bangsa Melayu telah lama hidup di tanah timur atau ‘The Land of The East’. Orang Melayu dan Orang Asli adalah berasal dari rumpun yang sama dengan penggunaan istilahnya ’Malayo-Polynesian’. Sehinggakan kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori mengakui bahawa nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar. Malah bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian dimana MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR yang terhasil beratus-ratus etnik dan bahasa di dalammnya. Bangsa Melayu merupakan bangsa asas dan utama sebelum dan selepas terjadinya peristiwa Banjir Besar. Sekiranya tidak, mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus panjang dengan panggilan ‘Malay Archipelago’ berkeluasan 2.8 juta meter persegi yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes yang merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA ser