Posts

Showing posts from May, 2013

Perubahan

Salah satu daripada fakta yang penting dalam hidup adalah bahawa hampir semua orang ingin mencapai satu tahap kejayaan yang tinggi, kebahagiaan dan kepuasan diri. Peralatan yang diperlukan untuk melengkapkan keinginan yang disebutkan ada di dalam diri setiap individu. Namun terdapat racun yang boleh membunuh penghasilan benih yang mulai tumbuh. Setiap individu mempunyai dua personaliti, iaitu, positif dan negatif. Personaliti yang menguasai kita adalah yang kita selalu jaga dan mempraktiskannya. Seandainya kita menjagai dengan pembawaan positif, kita akan menjadi positif. Namun sebaliknya dimana pembinaan tabiat negatif yang boleh menimbulkan kanser yang membawa padah melalui emosi. Emosi kanser yang membawa padah ini adalah seperti merungut, menyalahkan, kritikan untuk menjatuhkan, kebencian, pentingkan diri sendiri,keangkuhan, perasaan iri hati, sikap negatif, kecuaian, mencari kesalahan orang lain, dan menimbulkan kekacauan. ... Kita tidak akan dapat mencari kehebatan diri, me

Kupasan ilmu mengenal diri

Walaupun manusia mencipta berjuta-juta benda di dalam ilmunya namun, kewujudan jutaan benda di dalam ilmu itu tidak mengubah dan mengganggu kedudukan manusia itu sendiri. Tidak mungkin benda di dalam ilmu berlaga dengan manusia yang mempunyai ilmu itu. Kewujudan manusia dengan kewujudan di dalam ilmu merupakan kewujudan yang berbeza yang tidak mungkin bergandingan, bersaing atau bersekutu. Sekiranya manusia mengeluarkan kewujudan di dalam ilmunya kepada kenyataan di luar maka benda-benda yang diciptakan oleh manusia akan berada di dalam ruang yang sama dengan manusia. Tuhan menciptakan makhluk tidak dalam keadaan yang demikian. Apa juga yang Tuhan berkehendak menciptakan sudah ada dalam Ilmu-Nya. Penciptaan makhluk dipagari oleh Ilmu Tuhan. Setelah Tuhan menciptakan makhluk menurut suasana Ilmu-Nya, makhluk akan mengambil ruang yang tidak bergandingan, bersaing atau bersekutu dengan Tuhan, tidak seperti keadaan manusia mencipta benda-benda. Kewujudan dan kehadiran makhluk tidak mengg

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

Image
Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya dimana reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk bergerak. Ianya juga hanya mengangkut penumpang dan barang-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor  dan lokasi pendaratan adalah diantara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat  di Seberang Perai. Perkhidmatan mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth. Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga

Kenangilah sejarah

Pemerintahan Jepun terkenal dengan kekerasan dan kekejamannya. Ramai penduduk yang ditangkap oleh tentera Jepun kerana mereka disyaki membantu Alliance (Tentera Bersekutu). Sebahagian mereka diseksa dengan pelbagai bentuk penyeksaan. Ada yang diberi minum air sabun, dikasari, ditendang, dipukul dan diseksa sedemikian rupa. Ketika negara dijajah, rakyat hidup dalam kesengsaraan dan penuh derita.kesengsaraan sangat dirasai apabila makanan utama yang hanya boleh didapati hanyalah ubi kayu sahaja. Kalau dapat segenggam beras, ia dah kira bersyukur. Kayu ubi kayu, bukan sahaja isinya yang dimakan, malah kulit juga menjadi hidangannya.Bekalan ubat juga tidak diperoleh. Jika ada orang sakit, ia hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga mati. Setiap hari, ada sahaja pertumpahan darah dan rakyat dibunuh tanpa belas kasihan. Penderitaan rakyat tidak hanya berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, malah kehadiran semula British mengundang Bintang Tiga atau komunis untuk melunaskan dendam

Aku manusia biasa

Kalau kita tak mampu menghormati orang lain, maka jangan mengharap orang lain menghormati kita. Kalau kita rasa kita dah cukup bagus untuk melangkah bersendirian tanpa bimbingan sesiapa maka kita berfikir tanpa akal. Biar sebijak mana pun kita, walau sehebat mana pun kita atau setinggi mana pun kita, kita masih lagi perlu teguran dan nasihat dari orang lain jika langkah kita sumbang. Jangan terus menjadi orang yang sombong tidak mahu mengaku kesilapan dan berterusan dengan perlakuan yang mencabar kesabaran orang lain. Ingatlah.....aku hanya manusia biasa..

Why do people talk about others

Why do people talk about others Why do people talk about others in their absence? Why would a person talk about his close friend in a bad way as soon as he leaves? Why would a person talk about the bad way his friend is treating him in front of everyone but his friend? We can never make conclusions about someone's intentions before we get to know more about his personality for it will be the ref ... erence we are going to use to interpret his behaviour. Reasons people talk about others Don't make the mistake of judging a person without knowing more about his beliefs, values and past experiences. If you know the person well then most likely you will be able to pick up the correct reason that is motivating him to talk about others from the ones below: 1) Jealousy: People talk about others when they feel jealous. A person who feels jealous will try to put the one he is talking about down so that he feels good about himself. If the person has really bad intentions then

Kutuk - Mengutuk

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang terutamanya sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.” Dari Huzaifah r.a berkata ... bahwa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antara satu sama lain. Jadi,jika ada hati yang menerima mana-mana fitnah, maka satu titik hitam akan melekat dihatinya. Dan hati yang tidak menerimanya, satu titik putih akan melekat padanya sehinggalah akan wujud dua jenis hati; Pertama:hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan dimudaratkan oleh mana-mana fitnah sekalipun selama mana tegaknya langit dan bumi.(yakni batu marmar oleh kerana permukaanya licin,maka

Perpaduan di dalam barisan kepimpinan

Dalam sesebuah oragnisasi, sama ada parti politik, persatuan mahupun syarikat ada dua peringkat perpaduan: 1. Perpaduan dalam kalangan anggota barisan kepimpinan Mereka yang berada dalam posisi barisan kepimpinan adalah tokoh-tokoh yang memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi. Disebabkan jawatan-jawatan itu penting, maka lazimnya mereka yang terpilih mengisi jawatan-jawatan itu adalah individu-individu yang berbakat dan berpengaruh. Menjaga perpaduan dalam barisan kepimpinan adalah sangat kritikal. Disebabkan mereka adalah individu-individu yang berpengaruh, apabila perpecahan berlaku dalam kalangan ini, perpecahan itu akan merebak ke dalam setiap lapisan anggota pertubuhan. 2. Perpaduan dalam kalangan anggota biasa Golongan ini adalah anggota biasa, yakni mereka yang tidak mengisi jawatan-jawatan penting. Golongan ini lazimnya tidak memiliki bakat kepimpinan, dan tidak memiliki daya pengarauh yang tinggi. Anggota-anggota biasa lazimn

Living in harmony community

Human being is a social being. We live in a society and like to share our feelings, happiness and sorrows with our friends, relatives and others. This wish of togetherness and belonging leads to create a community as a whole. Community is a broader term and has a larger connotation. Presently Internet has contributed a lot in connecting people through various communities. Usually community refers to a group of people living in a common geographical location. This group of people obeys some social norms and some common value among themselves. As such, there are so many communities the world over, separated by languages, cultures, or geographical locations. However, they are related to each other in some way or other, thus making entire world a one, single community. A sense of community is important to establish peace and harmony among the society. The division of work, feeling of association, togetherness, and cooperation - all these help in establishing a healthy atmosphere fi

Penang Ferry alongside