Pendengaran

Dengarkah atau sengaja, pura2, buat2 tidak dengar? Sememangnya sesuatu yang amat pelik untuk difikirkan namun telah dijadikan amalan kebiasaan , kemudian dikatakan sudah lumrah, asam garam dunia. Seeloknya dihentikan saja amalan pelik ini. Pendengaran itu satu anugerah yang tiada nilainya, jadi mengapa perlu berpura2 tidak mendengar. Mungkin ada alasan atau sebab untuk bertindak sedemikian. Penting, terpenting, mementingkan untuk mengakuinya untuk selamat, terselamat atau menyelamat dari suasana sekeliling?

Kemungkinan bertindak sedemikian agar kesilapan, kesalahan, keburukan diri tertutup rapat. Menjadi rahsia sendiri. Tiada yang mengetahui. Yang bertambah pelik, dalam sesaat sudah menjadi manusia lain, bersifat lain, berkelakuan lain. Pelik memang pelik.

Agarnya sudah lama mengamalkannya. Sudah lali dengannya. Sudah benar2 masak perlakuannya. Dipedulikan apa, siapa, mengapa dan kenapa ? Yang penting diri sendiri selamat dan terselamat.

Walau macammana hebat perlakuan, lakonan dan tindakan, setinggi mana terbangnya melayang, sedalam mana menyelamnya lama akhirnya akan kembali ke persimpangan jalan juga. Suka tak suka, gembira tak gembira, yang benar akan terserlah jua. Bagaimana, dimana, macammana semua akan terkeluar, terbentang kelak.

Oleh itu, tak perlulah bersandiwara, berdrama hingga ke lewat malam. Ubahlah 'pendengaran' mendengar, terdengar, dengar akan benar, betul dan tulen. Hindarlah 'pendengaran' dari segala yang mendatang dan terdatang keburukannya.

Renungilah......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN