Posts

Showing posts from June, 2020

Ibuku Jutawan

Bab 1 'Bangun!!!!!' suara tinggi Mira memecahkan rangkaian mimpi Aizul.  Terkebil - kebil matanya melihat  kelibat Mira kesana - sini sambil mulutnya bersumpah serana. ' Apalah punya jantan......tak berguna satu sen pun....menyusahkan hidup aku betui!!!!' Aizul terduduk senyap. Inilah rutin kehidupannya bersama Mira sejak kematian Atuknya lima tahun yang lalu. Mira merupakan anak angkat arwah atuknya yang berniat untuk menyatukan mereka semasa ketiadaannya nanti walaupun Mira enam tahun lebih tua dari usianya. Itulah fahaman orang - orang tua dizaman lalu. ' Apalah punya  nasib sial kena bela sianak tak guna nie.....' tersembur sumpah berbisa Mira sambil berlalu pergi. Air bertakung dikelopak matanya. Walaupun bagaikan sudah lali dengan pelbagai cacian namun sekali sekala terusik juga jiwanya. Ibunya telah berhijrah ke luar negara untuk sekian lama tanpa sebarang berita sejak kematian bapanya. Atuklah yang memikul tanggungawab membesarkannya dengan serba