Posts

Showing posts from February, 2011

Kisah Benar Zulasmanan untuk renungan semua

Image
Sewaktu di dalam permulaan hari pertama kelas ‘Basic Safety Training’ (BST), Zulasmanan Bin Mohamad atau dikenali sebagai ‘ Joe’, tiada membantah apabila telah disuruh keluar untuk menukarkan kasut kerana berselipar di dalam kelas. Tiada siapa mengetahui hasrat beliau memasuki META semata – mata untuk mengubah kehidupannya masa lalu yang penuh dengan pengalaman yang pahit dan menyedihkan. Berikut adalah pendedahan beliau dengan kerelaan hatinya sendiri untuk dijadikan teladan pada yang lain. ‘......kerana pergaulan yang tidak menentu membuatkan saya hanyut dan terus hanyut ke dalam lembah neraka dunia...pada umur 15 tahun...bermula kehidupan baru yg penuh dengan kegelapan dan kehancuran....saya mula bergaul dengan budak-budak jalanan yang saya anggap terbaik bagi diri saya...lama kelamaan saya mulalah ponteng sekolah...dan mula tidak balik ke rumah...saya ikut sahaja kawan-kawan yang baru saya kenal ke mana sahaja mereka pergi...tanpa memikirkan perasaan ayah dan ibu tercinta...saya te