Disebalik 5 Jari

Cuba perhatikan jari. Luruskan ke hadapan dalam terbuka. Lihat dan renung rahsia tersembunyi disebaliknya. Sedarkah bahawa kepentingan jari dan kerjasama secara berkumpulan jari telah terlalu banyak membantu di dalam setiap kehidupan setiap saat tanpa mengeluh, tanpa berhenti, tanpa menyesal ? Walau apa pekerjaannya samaada baik atau buruk tetap dilaksanakan secara berkumpulan dengan penuh bertanggungjawab sehingga selesai.

Kekadang terlupa kita kepada perkara kecil dihadapan mata yang lebih hebat dari kita tapi kita masih berfikiran bahawa kita yang lebih layak untuk mengatakan bahawa kita hebat. Seandainya hilang satu saja jari dari kumpulannya, maka punahlah pekerjaan kita, terganggu perjalanannya. Terasalah kita kekurangan pada diri kita. Menyesal, kesal, kecewa semuanya terkeluar akibat kehilangan 'pekerja setia' kita.

Oleh itu, renungilah nikmat yang diberi dan belajarilah menghargainya selalu.


Our 5 Fingers

Try to observe our 5 fingers. Straighten up and openly. Look with heart to visualise the hidden story behind them. Do we realize the importance and team work among the fingers are too helpful in finishing our daily life desire every second without any regret ? Either good or bad tasks still being done to completion with full responsible.

Sometimes we forget the tiny matter does the best compares to ourselves who we claimed to be the best. If one finger goes missing, we are left in mere troublesome to complete our daily task easily as it used to be. The lost of 'loyal worker' would fill in ourselves with regret, frust and suffer.

Therefore, think and learn to appreciate the 'gifted' fingers often.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN