Posts

Showing posts from August, 2008

Siapakah yang sudi?

Siapakah yang sudi membaca, memahami nukilan ini ? Siapakah yang sudi melihat sejenak tulisan ini ? Siapakah yang sudi duduk sebentar merenung lakaran ini ? Siapakah yang sudi mencuba memikirkan percakapan ini ? Siapakah yang sudi mengenal akan apa yang diperkatakan ? Sayang seribu sayang seandainya ada yang menentang, menolak, tiada kesudian dengan alasan membuang masa, pening kepala untuk difikirkan. Aku dikurung tanpa pemahaman. Aku dinafikan tanpa pembelaan. Aku ditolak tanpa perkenalan. Aku disakiti dengan perlakuan, perbuatan dan percakapan yang bertentangan. Aku sedih kerana kamu tiada sudi mengenali dan memahami aku. Aku lebih mengenali dan berpengetahuan dari kamu. Aku ada, kamu ada namun kamu ada aku tiada. Aku tiada berkehendak tapi kamu sangat - sangat berkemahuan buat memenuhi tuntutanmu. Aku sedih melihat pergerakanmu. Pergerakan yang lebih menghala ke alam pemikiranmu. Benar kata benar akalmu, maka benar kata benar percakapanmu. Aku sedih melihat perjalanan hidupmu ter

Ketenangan

Sudah jauh berjalan. Sudah penat melalui jalan berliku. Sudah letih menaiki bukit. Sudah layu mata memandang. Sudah lenguh tangan menghayung. Sudah terketar kaki melangkah. Sudah lesu seluruh badan mengerah tenaga. Sudah pening kepala mencari jalan. Sudah berpusing otak mencari penyelesaian. Namun, perjalanan masih jauh dan nun jauh di hadapan. Entah dicapai entah tidak. Kurang pasti, kurang yakin. Hampir - hampir kaki terhenti seketika. Mencari tempat melepas lelah. Kelesuan amat terasa. Kekecewaan mula bersarang dijiwa. Pertanyaan demi pertanyaan menghambat diminda. Kurang mengerti perkara sama tiada berubah. Masih dan terus menyusahkan. Perasaan sedih mula bertapak. Mencari dan tercari penjelasan dan penyelesaian. Air mata mengalir sudah buat meringan bebanan dijiwa. Luahan hati bersuara sudah. Menanya dan tertanya kepada siapa perlu diadu dan mengadu. Kepada siapa perlu diluah dan meluah. Agar terjawab persoalan dijiwa. Agar berakhir perjalanan yang tiada sudah - sudah. Agar hilan

Tamak

Sememangnya senang, mudah dan sedap mulut ini untuk melafaz, mengucap, melabel, menuduh 'tamak' keatas seseorang apabila perbuatannya, tindak-tanduknya yang pada kiraan mata kita sendiri adalah keinginan untuk mengambil, membolos kesemuanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Sememangnya menjadi kelaziman pada diri ini untuk melihat, memahami akan 'tamak' itu sebagai satu tabiat atau sikap yang lebih berunsur negatif. Tiada langsung ruang, kesempatan yang diberi untuk melihat dari perspektif yang lain bagi menjadikannya lebih berbentuk positif. Persoalannya sekarang mampukah diri ini untuk lebih mendalami 'tamak' itu dan berusaha menjadikannya sebagai paltform untuk menghala ke arah yang lebih bersifat positif. Mungkin diri ini ingin mencuba menjadikan 'Tamak' itu sebagai peluang untuk berlumba - lumba berbuat baik sesama insan, sesama makhluk dari segi pertolongan, teguran, bantuan sekadar yang mampu dek badan dan kemampuan. Mungkin diri ini ingin mencub

Jangan kita lupa

Jangan kita lupa dari hujung rambut sampai hujung jari kaki semuanya adalah pinjaman semata - mata untuk berkhidmat kepada kita seperti membantu dan melaksana kewajiban atau kemestian yang telah ditetapkan sepanjang kehidupan ini. Jangan kita lupa kita bahawa bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan menjaga dan memelihara semuanya agar sentiasa berkeadaan baik untuk berterusan membantu kita memenuhi keperluan seharian, menjalankan kewajipan dan menempuh dugaan kehidupan. Jangan kita lupa bahawa semuanya hanya pinjaman sementara sahaja kerana semuanya kelak akan berubah wajah dan hilang tenaga tiada upaya dimamah masa. Jangan kita lupa penjagaan semuanya adalah perlu untuk memastikan kita sihat agar dapat memberi dan melaksanakan yang baik dan terbaik sepanjang perjalanan yang berliku-liku, berbelit-belit, penuh onak dan duri. Jangan kita lupa pengendalian, penggunaan dan perlaksanaan perlu mengikuti panduan yang telah diberi, diajar agar tidak melampaui batasan. Kelampuan kelak mengu

Terpulanglah

Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan diri anda, pergerakan anda, minda anda, pemahaman anda di dalam mengharungi kehidupan ini kerana 'senjata kelengkapan' sudah diberi penuh sempurna buat yang beruntung, yang diuji, diduga kelebihan lain pula dilengkapkan. Seandainya anda kata dan kota, tanam dan usaha ke arah dan ke jalan yang dituju, ke arah yang diingini, terserahlah kepada anda untuk menggerakkan 'kemudahan' yang diberi untuk bergerak, maju berterusan ke hadapan walau dihempas, dipukul badai perjalanan. Selagi dunia berputar, selagi malam berganti siang, selagi masa berlari, tiada perhentian, tiada penantian namun terus bergerak maju kehadapan, tetap maju mencari dan mencari ilmu, pengalaman, kesenangan, kebahagiaan, kecintaan. Terpulanglah kepada anda untuk menerima dan meluah apa yang tersirat dan tersurat dihati, dijiwa kerana 'kemudahan' sudah diberi untuk melaksanakannya, menjalankannya. Kesetiaan 'kemudahan', 'kelengkapan' ini t

Yang mana satu ?

Yang mana satu pilihan apabila kita perlu membuat keputusan ? Tanpa kita sedari, sebenarnya kita walau yang tua ataupun muda selalu dan terlalu kerap membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini. Apabila sampai dipersimpangan dua jalan, terus kita bergerak kejalan yang dipilih tanpa perlu berfikir, membuang masa dan menyusahkan diri sendiri. Pencapaian ini terhasil kerana adanya pengalaman yang secara tidak langsung mengajar kita untuk memilih yang betul untuk mengelak sebarang masalah yang tidak diundang. Pengalaman kehidupan terhasil sebagai bekalan semasa kita berterusan menempuh perjalanan ini. Pengalaman ini mengajar kita untuk berfikir dan bertindak untuk kebaikan diri sepanjang melalui liku - liku kehidupan seharian. Kekadang kita terhenti dipersimpangan, mencari dan tercari jalan yang perlu dilalui. Pengalaman yang dimiliki tidak dapat membantu. Masalah yang ditempuhi amat rumit. hinggakan menyeksa diri dan perasaan hati. Kita terpinga - pinga keseorangan mencari

Jalan Singkat

Jalan singkat atau pintas merupakan jalan penyelesaian yang diambil untuk memudahkan kita agar segera sampai ke destinasi atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Pelbagai cara yang digunapakai dari segi percakapan dan perbuatan. Kekerapan menggunakan cara ini sebagai penyelesaian membuatkan kita sudah lali dengannya sehinggakan kita berterusan mencarinya untuk 'melebih mudah'kan pekerjaan kita yang sudah dimudahkan. Keinginan atau kemarut mencari 'kelebihan' ini membuatkan kita mulai mengabaikan perkara - perkara penting di dalam kehidupan seharian kita seperti keselamatan diri, keluarga, peraturan kehidupan dan jalan raya. Kekadang tindakan kita membuat jalan pintas untuk segera sampai ke destinasi yang ditujui contohnya, apabila kita hendak menghantar anak ke sekolah dengan menunggang motorsikal. Tanpa mengambil kira keselamatan anak, kita menunggang motorsikal dengan anak tidak bertopi keledar, melanggar lampu sesuka hati, memotong tanpa lampu isyarat, melawan arus tr

Benarkah anda Hebat ?

Benarkah anda merasa diri anda hebat dari yang lain? Anda terasa hebat kerana merasakan telah mencapai sesuatu peringkat yang tinggi dari segi keilmuan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Maka, anda berasa dan terasa berhak mengatakan, mengakui kepada diri anda sendiri,' AKU HEBAT!'. Sememangnya anda perlu melakukan sedemikian rupa untuk memotivasikan diri anda sendiri bagi terus melangkah maju ke hadapan dan secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi diri sahabat, keluarga dan rakan sepejabat anda merasai aura positif untuk turut serta maju bersama. Namun, ketaksuban mengakui diri anda hebat dan terhebat sehingga merasakan tiada yang lebih hebat dari diri anda akan melayakkan diri anda ke peringkat yang lebih 'tertinggi' yang dinamakan peringkat 'pengujian' iaitu terbahagi kepada dua kategori. 1) Dugaan kemajuan 2) Dugaan kejatuhan. Apabila mencapai peringkat ini terpulanglah kepada diri anda untuk menilainya sendiri kerana sesungguhnya sebagai manusia, a

Kemana kita ?

Kemanakah kita selepas ini? Duduk termenung menunggu nasib? Ternanti-nanti ada yang sudi menunjuk arah? atau berlabuh terus menanti tiada. Teruskan perjalanan sedemikian rupa. Berjalan tiada, bergerak tiada. Hanya masa berlalu saja. Seandainya inilah pemikiran kita, amatlah rugi diberi nyawa dan masa. Tiada sudi berusaha, tiada sudi maju ke depan, tiada sudi bergerak lagi. Selagi mata boleh dibuka, selagi tangan boleh diayun, selagi kaki boleh dijalankan, maka tiada perhentian, tiada penungguan, tiada pembuangan. Akal diberi buat senjata. Bagi mengerakkan anggota badan seluruhnya. Duduk termenung tiada jalannya. Bangun dan bangun maju setapak. Tiada perhentian tiada mundur kebelakang. Kedepan dan kedepan mencari pengalaman. Mencari ilmu, mencari cahaya. Buat bekalan di dalam perjalanan. Fikiran diasah, fikir dibuka. Usia tua bukan ukuran. Usia muda bukannya alasan. Tuntutlah ilmu tuntutlah ia sehingga penuh dada dengannya. Renungilah......

Adilkah kita?

1. Adilkah kita mementingkan kehendak luaran dari dalaman? 2. Adilkah kita mendahulukan luaran dari dalaman ? 3. Adilkah kita menidakkan kehendak dalaman dari luaran ? 4. Adilkah kita sengaja atau tersengaja melupakan dalaman dari luaran ? 5. Adilkah kita melayan kemahuan luaran dari dalaman ? 6. Adilkah kita menyembuhkan kesakitan luaran dari dalaman ? 7. Adilkah kita memastikan kecantikan luaran dari dalaman ? 8. Adilkah kita mendengar kekecewaan luaran dari dalaman ? 9. Adilkah kita memperkatakan kehebatan luaran dari dalaman ? 10. Adilkah kita berbangga dengan luaran dari dalaman ? 11. Adilkah kita menerima penolakan luaran dari dalaman ? 12. Adilkah kita menentukan perjalanan luaran dari dalaman ? Mungkin kita terlupa yang luaran tinggal luaran, kelak dijamah usia tua, bertukar wajah, bertukar rupa, yang cantik jadi pudar, yang indah jadi kelam, yang manis jadi tawar. Mungkin kita terlupa yang luaran akan kembali keasalnya, yang dalaman kekal abadi. Yang luaran hancur dijamah tiad

Mencari pengalaman atau padah

Sudah berbuih mulut bersuara, menasihati, memesan, berpesan, menunjukkan, memperlihatkan, membimbing ke jalan yang lebih baik, lebih tenang, lebih bahagia namun masih memilih kejalan yang berliku, berduri penuh dengan dugaan dan cubaan yang tiada hentinya. Tiada gunanya, tiada untungnya memilih jalan sebegitu dijadikan pengalaman hidup. Yang nyata, yang pasti sudah diberi contoh, bukti akibatnya berjalan , menjalani laluan yang penuh dengan penipuan, pemalsuan. Sudah pelbagai nasihat, amaran lembut dan keras terpampang nyata dan bergema, namun tetap jua terus berjalan ke jalan yang gelap, berkemundangan dengan suara - suara yang mengasyikkan, yang bersaluti dengan penuh tipu muslihat. Mencari pengalaman atau mencari padah. Akal diberi untuk berfikir. Membezakan yang asli dan yang palsu. Yang baik dan yang buruk. Namun, terpulangnya pada diri sendiri. Pemilihan tetap diputus sendiri. Akibatnya, padahnya ditanggung badan, ditanggung diri. Tiada putaran untuk kembali. Menyesal sebegini ad