Posts

Showing posts from August, 2015

Environment Idaman : Kemahiran Pengendalian Aduan Pelanggan

Image
Krusus tersebut diadakan pada 26hb dan 27hb September 2015 di Sentosa Regency Hotel Alor Setar dengan penglibatan peserta seramai 33 orang. Latihan dijalankan didalam susana ceria dan pembabitan peserta didalam komunikasi dua hala, pembelajaran dan permainan adalah amat menggalakkan. Para peserta telah mempamerkan kesungguhan, ceria dan berfikiran positif untuk turut serta di dalam akitiviti kelas selama 2 hari tersebut Pelbagai reaksi, idea dan kemampuan berinteraksi secara tidak langsung turut menyumbang kearah pembelajaran yang lebih ceria dan positif. Penubuhan syarikat - syarikat atas nama pilihan para perserta sendiri seperti dibawah: 1. Labu labi Group 2. Sure Laris Sdn Bhd 3. Kandiah Sdn Bhd 4. Indah Global Sdn Bhd 5. Harimau Menangis Sdn Bhd 6. Pribumi Medah Sdn Bhd turut mengamatkan susana latihan dengan keseronokan dimana minda para peserta dicabar dengan pelbagai permainan.

Legasi Ulung Sdn Bhd : Satu cerita dongeng

Siapa sangka Legasi Ulung Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 9 Jun 2011 dan beralamat di No 41-42,Jalan Sg Aur KS/4,42000 Pelabuhan Klang oleh  dua orang kawan yang aku kenal iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi, mengakui diri berpangkat kapten, pandai bermain kata kata dan Abd Ra'uf Bin Amin juga mengakui diri berpangkat kapten, mencerminkan diri sebagai seorang imam boleh menjalankan operasi penipuan terhadap semua yang terlibat dengan janji bulan dan bintang dengan cerita dongeng  bahawa Syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd mempunyai tapak Universiti Maritim di Lumut seluas 103 ekar dan mempunyai kapal sendiri sebanyak 4 buah. Tidak timbul soal kenapa tidak selidik dulu kerana mereka licik mengambil kesempatan ketika itu. Masih segar difikiranku ketika aku sedang memandu di malam hari dalam bulan Ogos 2011, aku dihubungi oleh Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi dimana aku diperlawa bekerja dengan syarikat ini dengan tawaran gaji sebanyak RM10000. 00 dan sebuah kereta mewah jenis