Masalah

Apakah itu masalah ? Masalah membawa pelbagai maksud termasuk iaitu persoalan yang mesti diselesaikan atau dipersetujui. Adakah ia mendatang atau bergolek kepada kita atau kita yang sendiri yang mencarinya? Sebenarnya masalah kecil atau besar sentiasa wujud di dalam kehidupan seharian kita dimana kita memerlukannya bagi meneruskan penghidupan ini.


Penulis berpendapat masalah terbahagi kepada 2 kategori kerana apabila kita menghadapi sesuatu masalah itu seperti hendak makan kerana proses ini memerlukan badan kita untuk menghasilkan keupayaan yang amat tinggi. Proses ini perumpamaan memerlukan 5-6 buah jentolak untuk menjayakannya. Jadi, memakan ini adalah satu masalah tapi disebabkan badan dan akal kita menerimanya dengan baik maka penulis menamakannya masalah positif.

Kesesakan lalulintas juga merupakan satu masalah yang mesti ditempuhi untuk ke destinasi yang ditujui dan ianya tidak disukai oleh badan dan akal kita maka penulis menamakannya masalah negatif.

Sebenarnya kesemua masalah yang berlabuh di dalam kehidupan seharian kita adalah mengikut kehendak diri kita sendiri dan terpulanglah juga kepada kita sendiri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Seandainya kita menerima masalah dengan permikiran positif maka ianya akan menjadi positif dan dapat diselesaikan secara positif juga. Namun, jika penerimaannya secara negatif maka penyelesaiannya negatif dan kemungkinan ianya akan berulang atau bertambah masalah lain pula.

Maka, belajarlah menerima kesesakan sebagai masalah positif untuk mendidik diri mencari penyelesaian positif dan mengamalkannya. Anda akan tersenyum sendiri sekiranya setiap pemasalahan itu ditempuhi dengan kejayaan.

Comments

So bermaksud ada masaalah .kita kena senyum aja..kena positif?
Ismail Noor said…
Belajarlah menyelesaikan masalah dengan pemikiran dan hati terbuka, sabar dan tenang. Kalau duk senyum saja...itu dah jadi cerita lain.

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN