Kenalilah Diri

Apabila anda secara sengaja atau tidak sedar bahawa anda telah melakukan kesilapan pada orang lain, adakah anda sanggup : 1. Mengakui kesilapan anda 2. Menafikan kesilapan anda 100% 3. Meletakkan kesilapan itu pada orang lain 4. Berpura2 tidak tahu menahu 5. Berupa2 tiada kesilapan berlaku 6. Serta merta menjadikan diri anda baik dan tiada kaitan dengan kesilapan tersebut.

Biar apa pun pilihan anda ianya secaranya tidak langsung akan memperlihatkan sikap dan perwatakan anda di dalam memperjuangkan kebenaran. Sesungguhnya memang pedih dan amat menyakiti untuk memperkatakan yang benar namun implikasinya sangat besar dan akan berterusan mempengaruhi diri anda secara keseluruhan dalam jangka masa yang panjang.

Sesungguhnya pilihan 1 merupakan pilihan yang sangat berat dan tidak semua sanggup melakukannya kerana ianya boleh menjejaskan beberapa perkara yang bersangkutan dengan kredibiliti pelakunya. Disebabkan perkara yang sama, nombor 2 hingga 6 tetap menjadi pilihan yang mudah dan senang untuk menghindarkan diri anda dari perasaan bersalah bersarang dihati anda.

Biar apapun keputusan dan alasannya, anda tetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri anda dan pemilihan jalan seterusnya bakal meletakkan diri anda di dalam posisi yang akan mempengaruhi kesemua tindak-tanduk, pewatakan dan percakapan anda di dalam menerusi penghidupan ini.

Ketidaksanggupan menerima kelemahan diri sendiri ini meletakkan kita di dalam situasi ego dan bongkak dan cubaan menegakkan kebatilan di sepanjang perjalanan hidup. Ingatlah setiap perlakuannya ada balasannya yang hanya menantikan kebenaran menundukkan pembohongan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN