Posts

Showing posts from July, 2015

Tekanan di tempat kerja

Tekanan kerja telah menjadi satu perkara atau bidang keutamaan yang semakin menjadi perhatian kepada majikan-majikan dan kerajaan sejak lebih daripada 20 tahun. Dewasa ini, tekanan telah menjadi satu agenda yang utama kerana ianya berpotensi memberikan kos kepada individu dan juga organisasi dalam melaksanakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja dan tekanan juga berisiko untuk mendatangkan pelbagai kerosakan. Tekanan berkaitan kerja pada masa kini adalah cabaran terbesar terhadap aspek kesihatan orang-orang yang bekerja dan aspek kesejahteraan bekerja di dalam sesebuah organisasi. Adalah dilaporkan bahawa kos yang berkaitan dengan tekanan sangat besar di mana organisasi-organisasi yang terlibat kehilangan di antara US$100 hingga US$300 bilion setahun. Kos-kos ini termasuklah ketidakhadiran bertugas, kemalangan, perbelanjaan kesihatan dan penurunan dalam produktiviti. Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau pak

Kenangan bersama pihak pengurusan Penang Port lama

Image