Posts

Showing posts from September, 2008

Tahap pemikiran kita

Dimanakah tahap pemikiran kita apabila kita sengaja atau tersengaja atau buat - buat tersengaja melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip diri, keluarga dan masyarakat di dalam mencari jalan singkat untuk kepentingan diri kita sendiri. Seandainya kita boleh melakukan perkara tersebut maka berhak juga manusia lain untuk serta berbuat perkara sama namun kebanyakan yang lain memilih untuk berterusan mematuh pegangan dan aturcara perjalanan perundangan dan kehidupan. Apabila ditegur atau dikata pemikiran kita berada, terletak di kelas 3 maka melompatlah, terlompatlah kita naik angin, geram, membela dan berkeras menegakkan kebenaran diri. Benarkah kita sekiranya lampu merah masih berjalan dan bersanggupan membelok, mencelah, mencuba pelbagai cara agar terlepas juga baik yang berserban, yang bertarbus, yang berketayap, yang bermekap, yang muda, yang tua, semuanya berkelakuan serupa mementingkan diri sendiri. Benarkah kita seandainya bergerak melawan arus jalan sehala? Benark

Pemandangan yang menenangkan

Image
Keindahan pemandangan lautan menyenangkan hati, jiwa dan perasaan yang terguris, terluka, terganggu, terusik oleh pelbagai dugaan, cubaan dan cabaran. Keindahan lautan, deruan angin, bisikan ombak, pamparan awan menarik, menjemput mata dan hati turut menikmati ketenangan. Renungilah dengan fikiran dan hati terbuka agar kembali ketenangan bersarang memecah kebuntuan yang menghalang perjalanan kehidupan. Bertenanglah........

Yakinlah

Yakinlah pertolongan pasti mendatang dikala kesedihan, kepiluan, keresahan, kesakitan, kepayahan bersarang dijiwa. Kekadang tanpa diduga, disedari ianya menyelesaikan, membukakan, melepaskan segala kepayahan sepintas lalu. Apabila terlepas sudah segala keperitan, kita mudah terlupa dan pura - pura melupa pertolongan, bantuan yang diberi. Malah mendabik dada, berbangga diri semua selesai akibat usaha sendiri. Tiada sukar untuk 'melihat' atau 'menyedari' pertolongan yang mendatang dengan hanya sedikit pemikiran dan kesedaran. Sungguh molek dan indah kalau disedari bantuan yang diberi mencelah dikala kepayahan membelit hati dan jiwa. Setiap insan mempunyai permasalahan dan penyelesaian di tempat dan masa yang tersendiri. Selagi bernyawa dan bertenaga perlu berusaha mencari dan berterusan mencari penyelesaian kebahagiaan dan ketenangan. Berbekalkan kesabaran dan ketenangan tempuhilah segala dugaan dan cabaran yang mendatang dan yakinlah pertolongan pasti TIBA....

Jangan bersedih

Seandainya kita dilanda duga dan kecewa bersabarlah. Seandainya kita dipukul badai dugaan, dihempas ombak keperitan bersabarlah. Seandainya penantian kita tiada penghujungnya, pengharapan kita tiada penyelesaiannya bersabarlah. Setiap yang bermula akan berakhir, setiap yang hilang pasti berganti, setiap yang berkepayahan pasti berkesenangan. Maka berSABARlah di dalam melalui perjalanan kehidupan ini. Berbekalan kesabaran akan memudahkan penerimaan kita akan pukulan, hentakan, hentaman dan hempasan onak - onak dugaan dan cabaran. Kekadang di dalam kita bersabar menempuh dugaan ini, pegangan hidup kita selama ini terasa dan merasa tercabar dan dicabar berterusan sehingga meluap - luap keresahan, kemarahan, kekecewaan kita. Mahu saja dihentikan semua ini, mahu diubah semua ini, mahu ditolak semua ini, mahu dihalang semua ini, mahu diputarkan semula semua ini. Namun persoalannya ialah mampukah kita berbuat sedemikian ? Siapakah kita yang berkeupayaan melakukan sedemikian ? Maka sebaiknya j

Fikirkan yang terbaik

Fikirkan yang baik dan yang terbaik untuk diri kita. Janganlah memikirkan yang negatif dan ternegatif untuk kita kelak terjadilah acuannya apa yang difikirkan. Kita adalah kita dan berhak dan terhak menentukan keseluruhan pada diri kita. Sekiranya kita fikirkan diri cerdik dan pandai, maka akan berlumbalah sistem badan menampakkannya apa yang difikirkan dan sebegitulah perjalanan seandainya difikirkan sebaliknya. Bagaimanapun maksudnya sekiranya difikirkan pandai secara automatiknya kita pandai. Bukan penyelesaian sedemikian. Ianya lebih membentuk kearah memovitasikan diri kita sendiri. Perumpamaannya kita membayangkan, memikirkan kita ini cantik dari segi percakapannya, maka akan terhasillah pertuturan yang baik dan tersusun dari mulut kita sendiri. Malah kita sendiri akan mencuba berbuat dan belajar yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik. Maka secara tidak langsung kita berjaya mengucapkan pertuturan yang baik. Diri kita adalah apa yang kita fikirkan. Bodoh fikir kita, bodohlah

Dengar dan mendengar

Sudi-sudikan diri kita mendengar dan mencuba mendengar perkara yang hendak diberitahu baik teguran atau nasihat yang kekadang amat menyakiti, bertentangan dengan kemahuan hati kita. Biarpun salah, tersalah, menyalah, diri kita kita yang punya dari hujung sampai ke hujung kaki, maka tiada yang lain berhak atau terhak mengajar, menunjuk kesilapan, menujuk kebenaran. Ingatlah sehebatnya mana diri kita, secantiknya mana diri kita, sepandainya mana diri kita, ini semua hanyalah sementara kelak akan hancur dimamah usia. Sesungguhnya kita telah diberi kelebihan, keistimewaan untuk membina, membentuk acuan diri mengikut kehendak, kepuasan sendiri. Namun, apabila tersasar dari perjalanan kehidupan maka diberi amaran melalui percakapan, perbuatan dan kejadian agar kita kembali ke laluan yang sebenar. Sekiranya semua nasihat dan teguran telah ditolak, maka janganlah kita berdolah-dalih mencari alasan membela diri di kemudian hari. Janganlah pula menyesal dan menyalah diri kerana semuanya sudah te

Pandang dan renung

Cubalah sekali sekala dialihkan pandangan kita ke langit ketika di malam hari. Pelbagai corak bintang berkerlipan bertaburan di dalam suasana kegelapan. Kekadang sinaran bulan menceriakan lagi suasana malam membuatkan hati kita tenang seketika menikmatnya. Cuba renungi kejadian di langit berbandingkan diri kita yang kerdil ini maka jelas terpampang kelemahan diri yang tiada berupaya untuk melakukan sebarang tugasan walaupun seberat kuman dalam sesaat atau seinci tanpa bantuan. Diri ini teramat sangat mengharap bantuan menjalani kehidupan ini. Namun kekadang kita terlupa akan kejadian kita, maka timbullah fikiran menyatakan kita hebat di dalam segala - galanya. Kealpaan ini boleh mengundang padah kepada kita sekiranya masih berdegil dengan fahaman sama, susah menerima teguran dan ajaran agar sentiasa sedar akan kejadian, kelemahan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Renungilah.....

Pelik tapi benar

Terfikirkah kita bahawa kekadang kita sanggup mengubah pendirian kita semata - mata untuk menyelamatkan diri atau mengelak dari sebarang kesalahan atau kesilapan yang terjadi walaupun kita menyedari bahawa perbuatan atau perlakuan itu adalah salah ? Walaupun percakapan atau perbuatan kita itu boleh meletakkan orang lain di dalam dilema atau permasalahan lain namun kita masih berusaha untuk memenangkan diri. Inilah hakikatnya sikap kita yang agak pelik tapi benar seandainya direnungi sedalamnya yang pasti menampakkan kecacatan kita. Sememangnya agar berat bagi kita untuk menerima kesalahan diri sendiri apatah lagi ianya terserlah kepada mata rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Tidak terfikirkah oleh kita setiap perbuatan, perlakuan atau pertuturan pasti ada pembalasannya walaupun ianya kecil atau besar, segera atau dikemudiankan ? Sanggupkah kita memenangi sesuatu yang salah dan menerima akibatnya di kemudian hari atau masa ? Sememangnya menjadi sikap kita bersanggupan untuk menu

Masih belum terlambat

Masih belum terlambat, terlewat untuk kembali ke jalan yang sebenarnya, yang membenar dan terbenar. Tiada keraguan tiada kekeliruan, tiada kebimbangan tentangnya. Sudah agar lama terlalai, terlupa, melupa atau pura - pura terlupa mengikut pilihan hati, kata perasaan, kata fikiran tanpa bertenang kembali kepada yang berilmu, berpengetahuan, tiada kemahuan, tiada keinginan. Kembalilah kerana masih belum terlambat untuk memulakan perjananan yang bermakna, penuh berisi, bersinar, bercahaya, tersuluh lagi menyuluh. Berjalanlah dan bergeraklah bersama. Sudah agak lama, sekian lama, terlalu lama, berjalan bersendirian berpegangkan, berpandukan pada akal fikiran yang terlatih, terdidik dari kecil permulaan, perjalanan, tuntutan kehidupan. Tiada yang dilatih, terlatih, melatih untuk berfikir, memikir dan difikirkan mengenai aku. Yang ada tapi tiada, tersembunyi, terletak ditempat seadanya. Kembalilah kepadaku. Kenalilah aku. Aku dimana kamu berada. Sudah terlama kamu menghala perjalananmu yang