28 October 2011

Bangsa Melayu : bangsa yang terkenal dengan lautan

Bangsa Melayu telah lama hidup di tanah timur atau ‘The Land of The East’. Orang Melayu dan Orang Asli adalah berasal dari rumpun yang sama dengan penggunaan istilahnya ’Malayo-Polynesian’. Sehinggakan kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori mengakui bahawa nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar. Malah bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian dimana MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR yang terhasil beratus-ratus etnik dan bahasa di dalammnya.

Bangsa Melayu merupakan bangsa asas dan utama sebelum dan selepas terjadinya peristiwa Banjir Besar. Sekiranya tidak, mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus panjang dengan panggilan ‘Malay Archipelago’ berkeluasan 2.8 juta meter persegi yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes yang merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada:

- New Guinea,

- pulau-pulau Filipina,

- Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera, Jawa, Sulawesi, Borneo, Bali,dan Timor;

- the Moluccas (Maluku);

- dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa melayu dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat sehinggakan sejarah menceritakan King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu – ribu tahun dahulu.

Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.

Malang sekali kerana kehebatan pencapaian orang-orang Melayu dalam perdagangan,kemahiran membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat telah dihilangkan begitu sahaja. Namun begitu, bab nama kepulauan dan semenanjung tidak dapat dilenyapkan begitu kerana tidak ada yang mampu untuk menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.

Lipatan sejarah telah mencatatkan bahawa nama orag – orang melayu telah terpahat sejak berribu – ribu tahun dahulu di dalam manuskrip mesir purba, Kerajaan Judea (Yahudi) Assyria, Babylon, Arab Parsi dan para pengembara Eropah serta sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.

Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya. Yang paling memeranjatkan ialah tidak ada seorang melayu pun faham tulisan ini. Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris, Belanda dan Rusia. Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini? - dipetik dari Blog Mistisfile.

Merekalah bangsa misteri pengembara yang hebat! Sepanjang sejarah perjalanan mereka yang panjang dan berliku,mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah untuk dibaca oleh bangsa mereka nanti.Mereka juga membina tamadun dunia dengan ketinggian ilmu yang luar biasa!

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.

Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.

Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.’ ]- dipetik dari blog Mistisfile

24 July 2011

Be aware

Every year lives are lost and millions of dollars' worth of damage is caused through fires in ships. Human error is by far the most common cause of fires. It is often a single careless act that endangers the lives of all the crew. These brief factual accounts of fires which occurred in several types of vessel illustrate some of the risks. Every member of the crew has a part to play in preventing fires. And this applies not only to fire-fighting methods. Take a long, critical look at your ship - is there any place where failure or malfunction could bring disaster? The danger spots are machinery, accommodation and cargo spaces.

Fitness at sea

Fitness is not about working out at the gym or running a marathon but it is important for coping with life’s emergencies, big and small, whether it is running to make an airport connection or fleeing a burning building.

Fitness is at the heart of the Marine Industry and there are also many reasons why it is important that ship board personnel maintain a high level of fitness:

      • Improved fitness to fight and ability to cope with the physical demands of life at sea
      • Improved confidence in own capabilities and in the physical robustness and determination of other members of the team
      • Improved physical ability, which in turn maximises resistance to injury and extremes of heat; fitter people are also likely to recover more quickly from injury and physical stress
      • Improved alertness and reduced levels of psychological stress
      • Improved good health, now and in later life

Pentingkah Ilmu Pelayaran itu ?

Ilmu pelayaran merupakan salah satu dari cabang ilmu duniawi yang menuntut kefahaman jitu dari segi teori dan pratikal untuk mengasah kemahiran secara berterusan dan keseluruhan di dalam melayarkan sebuah kapal yang membawa muatan / kargo dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan yang lain dengan aman dan selamat dari pelbagaian rintangan seperti kemalangan, pelanggaran, tumpahan minyak, kerosakan muatan / kargo dan sebagainya.

Disamping menjanjikan perkerjaan, pembangunan karier dan upah yang lumayan, ilmu pelayaran ini sebenarnya secara tidak langsung turut membentuk keperibadian seseorang pelaut itu kearah elemen – elemen penting untuk berfikir secara positif seperti: · sikap,· kehendak,· kreatif,· innovatif,· perancangan,· pengurusan masa,· semangat jitu,· tindakan positif,· keputusan,·berilmu,· berkeyakinan,· displin dan· kekuatan mental.

Tuntutan pembelajaran ilmu pelayaran secara berperingkat – peringkat mengajar seseorang pelaut itu agar bersikap lebih penyabar, tenang, berfikiran kritikal, berkebolehan membuat keputusan dan mengambil langkah – langkah pembetulan serta pencegahan di dalam menghadapi sebarang situasi yang melibatkan manusia dan harta benda agar sentiasa selamat dan bebas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya.

Keutamaan keselamatan menjadikan seseorang pelaut itu sentiasa mendisplinkan diri sendiri mematuhi sebarang prosedur, peraturan dan perundangan kapal, syarikat dan badan – badan maritim agar tiada sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan dirinya atau pelaut – pelaut lain sepanjang tempoh pelayaran.

Tuntutan perlaksanaan tugasan seharian di atas kapal menjadikan seseorang pelaut itu sentiasa perihatin tentang ketepatan masa dan penyempurnaan dengan peningkatan usaha, kerajinan dan kefahaman.

Pelbagai tekanan kerja dan suasana sekeliling meningkatkan ketahanan mental dan emosi seseorang pelaut itu untuk menerima sebarang rintangan dengan hati yang tenang dan tabah menghadapinya serta berusaha mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan bersama.

Tidak dinafikan juga ilmu pelayaran ini akan menebusi emosi seseorang pelaut itu sehingga menjadikannya lebih berperasaan penyayang, saling bantu membantu dan bertolak ansur di dalam pekerjaan seharian sesama pelaut lain.

14 February 2011

Kisah Benar Zulasmanan untuk renungan semua


Sewaktu di dalam permulaan hari pertama kelas ‘Basic Safety Training’ (BST), Zulasmanan Bin Mohamad atau dikenali sebagai ‘ Joe’, tiada membantah apabila telah disuruh keluar untuk menukarkan kasut kerana berselipar di dalam kelas. Tiada siapa mengetahui hasrat beliau memasuki META semata – mata untuk mengubah kehidupannya masa lalu yang penuh dengan pengalaman yang pahit dan menyedihkan.
Berikut adalah pendedahan beliau dengan kerelaan hatinya sendiri untuk dijadikan teladan pada yang lain.
‘......kerana pergaulan yang tidak menentu membuatkan saya hanyut dan terus hanyut ke dalam lembah neraka dunia...pada umur 15 tahun...bermula kehidupan baru yg penuh dengan kegelapan dan kehancuran....saya mula bergaul dengan budak-budak jalanan yang saya anggap terbaik bagi diri saya...lama kelamaan saya mulalah ponteng sekolah...dan mula tidak balik ke rumah...saya ikut sahaja kawan-kawan yang baru saya kenal ke mana sahaja mereka pergi...tanpa memikirkan perasaan ayah dan ibu tercinta...saya terus hanyut, apabila saya ingin mencuba dadah yang dihisap kawan-kawan saya...lama kelamaan rasa seronok...saya cuba semua jenis kecuali menggunakan jarum...sampai terasa gian yang amat sangat...sehingga saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan bekalan...merompak, ragut, pecah rumah, pecah kedai, samun dan macam-macam lagi...sampai ke satu tahap, saya telah mencuri motosikal milik seorang pegawai polis...3 minggu saya di buru...akhirnya ibarat tupai jatuh ke tanah saya di tangkap...saya terus dicampakkan kedalam sekolah jahat asrama bukit senyum (ABS)...berbulan-bulan saya disana dengan linangan air mata...yang saya fikirkan di ketika itu hanyalah taubat...tiba-tiba saya terkejut apabila warden memberitahu saya ada seseorang datang melawat...sedangkan selama ini tidak ada seorang pun yang tahu dimana saya berada termasuk kawan-kawan saya...keluarga lagi la tak tahu terus...sampai-sampai ke bilik perjumpaan air mata saya terus mengalir apabila melihat seraut wajah yang dimamah usia yang mengharapkan saya menjaganya kelak...tiba-tiba melawat saya...tanpa mengira masa saya terus memeluk tubuh seorang ayah yg membesarkan saya selama ini...air mata terus mengalir dan terus mengalir tanpa henti..saya memohon ampun dan maaf ayah...setelah 4 bulan dalam tahanan saya dikeluarkan dari ABS...saya insaf abah, ma saya janji tidak akan buat lagi...kata-kata saya pada kedua-dua orang tua saya...tapi kenyataannya tidak saya langgar janji-janji saya...kerana hasutan kawan-kawan baru saya kenali...saya terus hanyut lagi malah lebih jauh dari dulu...terlampau banyak saya buat semua jenis jenayah saya lakukan...bertahun-tahun saya hanyut dan ditangkap berkali-kali...sampai satu hari..saya melihat wajah ayah bengkak di pipi akibat ditumbuk abang saya...tersentak hati saya melihat keadaan itu...tanpa membuang masa darah muda mengalir bagai syaitan saya belasah abang saya sehingga teruk....sampai tidak boleh bergerak langsung....setelah itu saya melihat wajah sayup ayah bagaikan amat kecewa dan kecil hati diiringi air mata apabila anak kesayangannya sendiri memukulnya...ketika itu saya tersedar sepatutnya saya yang melindunginya...tapi saya hanya tahu dunia saya sahaja...tanpa memikirkan kutukan, caci maki, kepada saya dan keluarga...setelah keadaan kembali reda saya pergi tepi laut..untuk menenangkan fikiran...akhirnya hidayah dari ALLAH sampai jua kepada saya...saya mula berubah sedikit demi sedikit...saya terus berhenti dadah..dalam masa 1 hari sahaja...semua kerja lama saya sematkan di dalam hati saya..dan saya buka lembaran baru...dari situ saya terfikir macam mana saya nak ubah keluarga dan kehidupan saya kearah yang lebih baik...akhirnya setelah berbulan-bulan saya menanti,saya temukan jalan yang terbaik untuk hidup saya apabila Kapten Safuan dan pegawai-pegawai yang lain datang ke tempat saya membuat marketing tentang perkapalan...saya amat tertarik..dan amat berminat...apabila mendapat penerangan yang amat jelas daripada mereka...pulang aja ke rumah saya memberitahu kepada keluarga saya yang saya ingin mengikuti program dan kursus ini...ayah melihat saya dengan penuh tanda tanya...kerana perangai saya amat berlainan...ayah terus bertanya kepada saya ade duit ke tidak...? saya menjawap tidak...tapi walau mcm mana susah sekali pun saya akan tetap akan pergi walaupun saya meminjam duit orang dan sesen pun duit haram saya tidak akan bawa hanya saya cuma minta restu ayah dengan ibu sahaja....terkejut ayah mendengar kata-kata saya...saya berkerja keras mencari duit kelaut,petik buah sawit,wayering dan macam-macam lagi...ayah melihat saya betul-betul serius..dia membantu saya untuk bayar kursus...ALHAMDULILAH...akhirnya saya dapat mengikuti kursus ni sehingga tamat....walaupun ramai yg perli saya yang saya akan pergi kursus dengan duit haram...tetapi ternyata tidak...kerana restu dan doa ibu bapa adalah amat mujarab dan walau pun duit saya hanya cukup2 datang ke kursus saya rasa bersyukur...yang penting tujuan saya ke arah kebaikan...dan pulangannya kelak INSYAALLAH pasti akan lebih baik lagi...teguran-teguran kapten-kapten yang mengajar saya mengingatkan saya tentang diri saya tujuan saya datang kesini bukan berfoya-foya tapi untuk menimba ilmu...dan janji saya yang saya tidak akan pulang ke rumah sebelum saya berjaya...ini lah nikmat yang terbesar yang saya rasakan dapat menetap di meta...sementara menunggu temu duga...sungguh pun saya hanya berbekalkan 2,3 ringgit sahaja...untuk naik ke kapal...tapi tidak memikirkan semua itu..yang penting niat saya suci dan murni...YG IKHLAS...JOE..’

15 January 2011

Pemakaian Jaket Keselamatan
















Tata cara pemakaian jaket keselamatan yang betul adalah wajib untuk menjaminkan keselamatan pelaut di lautan bagi menempuh sebarang kemungkinan yang tidak diingini.