Jangan Bersedih

Sedih, tersedih, menyedih timbul akibat jiwa, perasaan, badan disakiti, digurisi, dilukai, disentuhi suasana dan berita, cerita tiada ceria. Kekadang ianya sekejap, sebentar, seminit, dua minit hinggakan berlanjutan sehari, seminggu, sebulan, setahun, bertahun - tahun. Sebagaimana manusia kita berhak bersedih, tersedih menyuarakan, mengeluarkan, meluahkan siulan hati. Kekerapan menyimpan pelbagai cerita, berita baik,suram, manis, pahit dihati kekadang membawa padah, maka eloklah diluahkan saja.

Jalan luahan ada dihadapan siap terbentang, ditunggu untuk dituruti. Cari, mencari dengan penuh kesabaran dan ketenangan jalan penyelesaian terbuka, membuka cara meluahkan, mengeluarkan, menyuarakan segala kepedihan, kesakitan, kepiluan, kekecewaan yang bersarang, tersarang di jiwa, perasaan dan hati.

Setiap yang patah tetap berganti, yang berwarna akan menjadi pudar, yang menyakiti akan disenangi, yang bersakit akan dipulihkan, yang bergantung akan dilepaskan. Inilah dugaan, cabaran semasa menempuh perjalanan kehidupan maka bekalannya SABAR dan TENANG. Cari dan teruskan mencari jalan penyelesaian di hadapan tiada tidak akan ditemui cuma cara, masa, penyelesaian setiap manusia berlainan penampilan.

Sedih, tersedih, menyedih jangan terlalu, melalu diikuti, dituruti berpanjangan sehingga terhenti perjalanan hidup tiada pergerakan mengganggu, terganggu olehnya. Tiada gunanya menyesal, sesal, kesal terhadap yang selesai sudah berlalu, terlalu sebab di dalam perjalanan hidup tiada unduran, berpatah baik sebaliknya berterusan maju dan maju kehadapan sehingga keakhir penghujungnya, tiada siapa yang berpengetahuan. Jangan dituruti, diikuti kesedihan berlanjutan kelak dihinggapi, disambari, dimasuki pelbagai tekanan.

Maka terus carian mencari jalan penyelesaian walaupun longlai kaki diseret, badan diangkat, tangan dihanyun. Bergerak dan bergerak walaupun seinci mencari jalan penyelesaian yang terbentang luas di hadapan mata.

Pencapaiannya akan membuka segala cara dan ubatan menghilangkan keresahan, kesedihan, kepiluan dihati, jiwa, perasaan. Akan kembalilah kegembiraan, kesenangan, keceriaan di hati, jiwa, perasaan dan badan.

Oleh itu....jangan bersedih.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN