Dimanakah ketenangan?

Terfikirkah oleh kita mengapa disekiling kita diselubungi dengan warna kehijauan, bunyi merdu aliran air sungai dan kecantikan alam semulajadi? Ketiga-tiga perkara ini merupakan asas penting untuk kita mencari, memiliki dan mengecapi ketenangan.

Sayang sekali, dewasa ini warna kehijauan semakin menghilang dan digantikan dengan pelbagai warna lain. Kemerduan aliran air sungai semakin sayup kedengaran dan hilang begitu saja. Kecantikan asli semakin terhakis dan diganti dengan kepalsuan. Semakin ramai hilang pertimbangan dan kesabaran di dalam mengharungi liku - liku kehidupan yang penuh dugaan dek kerana kelazatan ketenangan semakin pudar.

Oleh itu, kembalilah kepada kehijauan, aliran air sungai dan kecantikan agar ketenangan bertapak semula di jiwa kita.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN