Ketenangan

Sudah jauh berjalan. Sudah penat melalui jalan berliku. Sudah letih menaiki bukit. Sudah layu mata memandang. Sudah lenguh tangan menghayung. Sudah terketar kaki melangkah. Sudah lesu seluruh badan mengerah tenaga. Sudah pening kepala mencari jalan. Sudah berpusing otak mencari penyelesaian. Namun, perjalanan masih jauh dan nun jauh di hadapan. Entah dicapai entah tidak. Kurang pasti, kurang yakin. Hampir - hampir kaki terhenti seketika. Mencari tempat melepas lelah. Kelesuan amat terasa. Kekecewaan mula bersarang dijiwa. Pertanyaan demi pertanyaan menghambat diminda. Kurang mengerti perkara sama tiada berubah. Masih dan terus menyusahkan.

Perasaan sedih mula bertapak. Mencari dan tercari penjelasan dan penyelesaian. Air mata mengalir sudah buat meringan bebanan dijiwa. Luahan hati bersuara sudah. Menanya dan tertanya kepada siapa perlu diadu dan mengadu. Kepada siapa perlu diluah dan meluah. Agar terjawab persoalan dijiwa. Agar berakhir perjalanan yang tiada sudah - sudah. Agar hilang keresahan, ketakutan, keletihan dan kerunsingan. Anak mata merenung jauh di hujung jalan terpinga - pinga. Keresahan makin menambah. Tangan dan jejari terketar - ketar menahan badan, menerima hentaman, pukulan badai cubaan dan dugaan sepanjang jalan.

Biar apa pun cerita dan rahsianya, biar apa pun berita dan kisahnya, tiada penghujung, tiada pengakhiran di dalam perjalanan kehidupan selagi mata dibuka, badan bernyawa, tenaga masih ada. Suka atau tidak, gembira atau tidak, bosan atau tidak, benci atau tidak, semuanya hanya tinggal perasaan. Perjalanan mesti diteruskan.

Biar apa pun cubaannya, dugaannya dan hasutannya, kembali segala tenaga yang ada dan letakkan segalanya kepada yang satu iaitu KETENANGAN. Bukan urusan dan perihal untuk mempertikaikan segala kehendak untuk perjalanan ini yang telah dipertentukan. Oleh itu tenangkan segala pergerakan, percakapan dan perkataan. Tenangkan segala keresahan dan kekecewaan yang bersarang dihati. Tenangkan segala keletihan dan kepenatan badan. Tenangkan segala yang ada atau tiada, yang ternampak dan tersembunyi. Bertenangan akan menampakkan hasil kesabaran menempuh perjalanan. Memperlihatkan kesan permasalahan yang berkunjung tiada kesudahan. Menenangkan jiwa dan hati menjamah bahagia. Melapangkan jiwa menerima seadanya. Segala dugaan, cubaan, masalahan, makian, cacian diterima rela penuh gembira, tersenyum saja melihat kehadiran dihadapan mata.

Ketenangan jalan semoleknya. Ketenangan kunci permulaan. Maka kembalilah kepada ketenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN