Yang mana satu ?

Yang mana satu pilihan apabila kita perlu membuat keputusan ? Tanpa kita sedari, sebenarnya kita walau yang tua ataupun muda selalu dan terlalu kerap membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini. Apabila sampai dipersimpangan dua jalan, terus kita bergerak kejalan yang dipilih tanpa perlu berfikir, membuang masa dan menyusahkan diri sendiri.

Pencapaian ini terhasil kerana adanya pengalaman yang secara tidak langsung mengajar kita untuk memilih yang betul untuk mengelak sebarang masalah yang tidak diundang. Pengalaman kehidupan terhasil sebagai bekalan semasa kita berterusan menempuh perjalanan ini. Pengalaman ini mengajar kita untuk berfikir dan bertindak untuk kebaikan diri sepanjang melalui liku - liku kehidupan seharian.

Kekadang kita terhenti dipersimpangan, mencari dan tercari jalan yang perlu dilalui. Pengalaman yang dimiliki tidak dapat membantu. Masalah yang ditempuhi amat rumit. hinggakan menyeksa diri dan perasaan hati. Kita terpinga - pinga keseorangan mencari - cari penyelesaiannya. Tiada salah meminta bantuan dan pertolongan dari yang lalu lalang di persimpangan kerana dapat menolong kita mencapai keputusan bagi meneruskan perjalanan ini.

Biar apa pun alasan dan tindak-tanduknya, keputusan muktamad adalah hak kita untuk meneruskan perjalanan ini. Kekadang keputusan yang dibuat merugikan diri, jatuh tergolek tersilap jalan. Bangun dan kembali kepangkal persimpangan agar memulakan perjalanan lain untuk berterusan maju dan bergerak kehadapan.

Kebolehan mencapai keputusan bukannya satu kemahiran. Ianya milik semua orang kerana terhasil dengan sendirinya. Semua kita boleh, pernah dan akan selalu membuat keputusan untuk diri sendiri, keluarga dan tempat kerja. Kekadang keputusan melibatkan pelbagai faktor dan perkara sehingga terlalu sukar untuk mencapai keputusan.

Maka, beranikan diri membuat keputusan walaupun ianya sukar......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN