Jangan kita lupa

Jangan kita lupa dari hujung rambut sampai hujung jari kaki semuanya adalah pinjaman semata - mata untuk berkhidmat kepada kita seperti membantu dan melaksana kewajiban atau kemestian yang telah ditetapkan sepanjang kehidupan ini.


Jangan kita lupa kita bahawa bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan menjaga dan memelihara semuanya agar sentiasa berkeadaan baik untuk berterusan membantu kita memenuhi keperluan seharian, menjalankan kewajipan dan menempuh dugaan kehidupan.


Jangan kita lupa bahawa semuanya hanya pinjaman sementara sahaja kerana semuanya kelak akan berubah wajah dan hilang tenaga tiada upaya dimamah masa.


Jangan kita lupa penjagaan semuanya adalah perlu untuk memastikan kita sihat agar dapat memberi dan melaksanakan yang baik dan terbaik sepanjang perjalanan yang berliku-liku, berbelit-belit, penuh onak dan duri.


Jangan kita lupa pengendalian, penggunaan dan perlaksanaan perlu mengikuti panduan yang telah diberi, diajar agar tidak melampaui batasan. Kelampuan kelak mengundang keburukan dan kerugian.

Fikirkanlah.........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN