Siapakah yang sudi?

Siapakah yang sudi membaca, memahami nukilan ini ? Siapakah yang sudi melihat sejenak tulisan ini ? Siapakah yang sudi duduk sebentar merenung lakaran ini ? Siapakah yang sudi mencuba memikirkan percakapan ini ? Siapakah yang sudi mengenal akan apa yang diperkatakan ? Sayang seribu sayang seandainya ada yang menentang, menolak, tiada kesudian dengan alasan membuang masa, pening kepala untuk difikirkan.

Aku dikurung tanpa pemahaman. Aku dinafikan tanpa pembelaan. Aku ditolak tanpa perkenalan. Aku disakiti dengan perlakuan, perbuatan dan percakapan yang bertentangan. Aku sedih kerana kamu tiada sudi mengenali dan memahami aku. Aku lebih mengenali dan berpengetahuan dari kamu. Aku ada, kamu ada namun kamu ada aku tiada. Aku tiada berkehendak tapi kamu sangat - sangat berkemahuan buat memenuhi tuntutanmu.

Aku sedih melihat pergerakanmu. Pergerakan yang lebih menghala ke alam pemikiranmu. Benar kata benar akalmu, maka benar kata benar percakapanmu. Aku sedih melihat perjalanan hidupmu terhuyung - hayang melawan badai, duri onak mencari kesenangan, kebahagiaan mengikut caramu, kehendakmu, fikiranmu.

Sudikah kamu mengenali aku ? Sudikah kamu mengikut petunjukku ? Sudikah kamu bertemankan aku ? Sudikah kamu mengizinkan aku membimbing, membawa kamu kearah jalan yang benar , membenar dan terbenar. Bebas dari alam pemikiran duniawi. Bebas dari pengurungan dan pengawasan. Tenang dan setenangnya membawa ketenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN