Mencari pengalaman atau padah

Sudah berbuih mulut bersuara, menasihati, memesan, berpesan, menunjukkan, memperlihatkan, membimbing ke jalan yang lebih baik, lebih tenang, lebih bahagia namun masih memilih kejalan yang berliku, berduri penuh dengan dugaan dan cubaan yang tiada hentinya. Tiada gunanya, tiada untungnya memilih jalan sebegitu dijadikan pengalaman hidup. Yang nyata, yang pasti sudah diberi contoh, bukti akibatnya berjalan , menjalani laluan yang penuh dengan penipuan, pemalsuan.

Sudah pelbagai nasihat, amaran lembut dan keras terpampang nyata dan bergema, namun tetap jua terus berjalan ke jalan yang gelap, berkemundangan dengan suara - suara yang mengasyikkan, yang bersaluti dengan penuh tipu muslihat.

Mencari pengalaman atau mencari padah. Akal diberi untuk berfikir. Membezakan yang asli dan yang palsu. Yang baik dan yang buruk. Namun, terpulangnya pada diri sendiri. Pemilihan tetap diputus sendiri. Akibatnya, padahnya ditanggung badan, ditanggung diri. Tiada putaran untuk kembali. Menyesal sebegini adalah rugi.

Fikirkanlah.......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN