Terpulanglah

Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkan diri anda, pergerakan anda, minda anda, pemahaman anda di dalam mengharungi kehidupan ini kerana 'senjata kelengkapan' sudah diberi penuh sempurna buat yang beruntung, yang diuji, diduga kelebihan lain pula dilengkapkan. Seandainya anda kata dan kota, tanam dan usaha ke arah dan ke jalan yang dituju, ke arah yang diingini, terserahlah kepada anda untuk menggerakkan 'kemudahan' yang diberi untuk bergerak, maju berterusan ke hadapan walau dihempas, dipukul badai perjalanan.

Selagi dunia berputar, selagi malam berganti siang, selagi masa berlari, tiada perhentian, tiada penantian namun terus bergerak maju kehadapan, tetap maju mencari dan mencari ilmu, pengalaman, kesenangan, kebahagiaan, kecintaan.

Terpulanglah kepada anda untuk menerima dan meluah apa yang tersirat dan tersurat dihati, dijiwa kerana 'kemudahan' sudah diberi untuk melaksanakannya, menjalankannya. Kesetiaan 'kemudahan', 'kelengkapan' ini tiada kesangsian, tiada keraguan. Tetap berkhidmat sehingga perjalanan hidup diakhiri. Pertemuan jalan mati. Pengakhiran perjalanan yang jauh dan berliku-liku. Penuh kepenatan dan keletihan.

Terpulanglah.....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN