Jalan Singkat

Jalan singkat atau pintas merupakan jalan penyelesaian yang diambil untuk memudahkan kita agar segera sampai ke destinasi atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Pelbagai cara yang digunapakai dari segi percakapan dan perbuatan. Kekerapan menggunakan cara ini sebagai penyelesaian membuatkan kita sudah lali dengannya sehinggakan kita berterusan mencarinya untuk 'melebih mudah'kan pekerjaan kita yang sudah dimudahkan.

Keinginan atau kemarut mencari 'kelebihan' ini membuatkan kita mulai mengabaikan perkara - perkara penting di dalam kehidupan seharian kita seperti keselamatan diri, keluarga, peraturan kehidupan dan jalan raya. Kekadang tindakan kita membuat jalan pintas untuk segera sampai ke destinasi yang ditujui contohnya, apabila kita hendak menghantar anak ke sekolah dengan menunggang motorsikal. Tanpa mengambil kira keselamatan anak, kita menunggang motorsikal dengan anak tidak bertopi keledar, melanggar lampu sesuka hati, memotong tanpa lampu isyarat, melawan arus trafik, memasuki jalan sehala dan sebagainya dengan alasan ianya me'MUDAH'kan anda.

Namun, keenakan ke'MUDAH'an ada bayarannya iaitu kesakitan, kehilangan dan penyesalan. Kekesalan sesudah kesakitan atau kehilangan tiada ertinya lagi seandainya keburukan yang tidak diundang melibatkan yang tersayang dan yang disayang. Ingatlah, Perjalanan kehidupan ini tiada kemunduran tapi berterusan maju dan maju ke hadapan. Tiada peralatan, tiada kemudahan bagi merubah masa kebelakang.

Maka, berfikirkanlah sebelum anda bertindak mencari jalan 'mudah'.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN