Tamak

Sememangnya senang, mudah dan sedap mulut ini untuk melafaz, mengucap, melabel, menuduh 'tamak' keatas seseorang apabila perbuatannya, tindak-tanduknya yang pada kiraan mata kita sendiri adalah keinginan untuk mengambil, membolos kesemuanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Sememangnya menjadi kelaziman pada diri ini untuk melihat, memahami akan 'tamak' itu sebagai satu tabiat atau sikap yang lebih berunsur negatif. Tiada langsung ruang, kesempatan yang diberi untuk melihat dari perspektif yang lain bagi menjadikannya lebih berbentuk positif.

Persoalannya sekarang mampukah diri ini untuk lebih mendalami 'tamak' itu dan berusaha menjadikannya sebagai paltform untuk menghala ke arah yang lebih bersifat positif. Mungkin diri ini ingin mencuba menjadikan 'Tamak' itu sebagai peluang untuk berlumba - lumba berbuat baik sesama insan, sesama makhluk dari segi pertolongan, teguran, bantuan sekadar yang mampu dek badan dan kemampuan.

Mungkin diri ini ingin mencuba menjadikan 'Tamak' itu sebagai jambatan untuk lebih mencari ilmu agar sentiasa sedar dan tersedar akan hakikat kehidupan sementara di sini untuk lebih membentuk dan terbentuk diri sebagai insan, manusia yang berguna dan terguna sepanjang mengharungi perjalanan ini.

Fikirkanlah.........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN