Adilkah kita?

1. Adilkah kita mementingkan kehendak luaran dari dalaman?
2. Adilkah kita mendahulukan luaran dari dalaman ?
3. Adilkah kita menidakkan kehendak dalaman dari luaran ?
4. Adilkah kita sengaja atau tersengaja melupakan dalaman dari luaran ?
5. Adilkah kita melayan kemahuan luaran dari dalaman ?
6. Adilkah kita menyembuhkan kesakitan luaran dari dalaman ?
7. Adilkah kita memastikan kecantikan luaran dari dalaman ?
8. Adilkah kita mendengar kekecewaan luaran dari dalaman ?
9. Adilkah kita memperkatakan kehebatan luaran dari dalaman ?
10. Adilkah kita berbangga dengan luaran dari dalaman ?
11. Adilkah kita menerima penolakan luaran dari dalaman ?
12. Adilkah kita menentukan perjalanan luaran dari dalaman ?

Mungkin kita terlupa yang luaran tinggal luaran, kelak dijamah usia tua, bertukar wajah, bertukar rupa, yang cantik jadi pudar, yang indah jadi kelam, yang manis jadi tawar.

Mungkin kita terlupa yang luaran akan kembali keasalnya, yang dalaman kekal abadi. Yang luaran hancur dijamah tiada berupa lagi, yang dalaman kekal berwajah tetap berwajah. Yang luaran hilang tenaga, hilang kekuatan. Yang dalaman kekal bertenaga tetap bertenaga. Tiada hilang kekuatan tetap kekuatan.

Mungkin kita terlupa yang luaran hanya hiasan, sampai masa kembali jua. Yang dalaman tetap utuh, sampai masa akan dipanggil pulang.

Rugi sememangnya rugi. Tiada mahu mengenal dalaman. Berbuat kerja pelbagai cara, yang baik, yang buruk, yang jahat, yang merugikan tanpa mengira keresahan dalaman. Yang sedih, yang pilu dengan tindak tanduk luaran. Apakan daya, kita enggan mahu mengenal, enggan mahu berdamping, enggan mahu belajar, enggan mahu mengalah, enggan mahu duduk termenung, enggan mahu memberi peluang.

Apabila dipanggil pulang, pulang ia meninggalkan badan. Tiada kuasa, tiada tenaga. Terbujur kaku sendirian.

Fikirkanlah........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN