Benarkah anda Hebat ?

Benarkah anda merasa diri anda hebat dari yang lain? Anda terasa hebat kerana merasakan telah mencapai sesuatu peringkat yang tinggi dari segi keilmuan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Maka, anda berasa dan terasa berhak mengatakan, mengakui kepada diri anda sendiri,' AKU HEBAT!'.

Sememangnya anda perlu melakukan sedemikian rupa untuk memotivasikan diri anda sendiri bagi terus melangkah maju ke hadapan dan secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi diri sahabat, keluarga dan rakan sepejabat anda merasai aura positif untuk turut serta maju bersama.

Namun, ketaksuban mengakui diri anda hebat dan terhebat sehingga merasakan tiada yang lebih hebat dari diri anda akan melayakkan diri anda ke peringkat yang lebih 'tertinggi' yang dinamakan peringkat 'pengujian' iaitu terbahagi kepada dua kategori. 1) Dugaan kemajuan 2) Dugaan kejatuhan.

Apabila mencapai peringkat ini terpulanglah kepada diri anda untuk menilainya sendiri kerana sesungguhnya sebagai manusia, anda mempunyai batasan yang perlu dihormati. Seandainya anda merasai anda hebat, ada yang lebih hebat dari anda. Sekiranya anda merasai lemah, ada yang lebih lemah dari anda. Maka, sebaiknya bersyukurlah akan keadaaan diri anda seadanya dan tiada salah dan menyalah seandainya anda berterusan memperbaiki diri untuk kemajuan kerana tiada perhentian dan kemunduran di dalam perjalanan hidup ini.

Seandainya anda diuji dengan kategori 1, maka anda berpeluang untuk berterusan maju di dalam perjalanan kehidupan seharian anda. Seandainya anda diuji dengan kategori 2, maka anda mesti kembali ke pangkalan perjalanan sebelum berakhir dengan penyesalan.

Kembalilah sebelum pengakhiran perjalanan. Kembalilah sebelum senjata perjalanan diletak sudah. Kembalilah sebelum anda berhenti dan terhenti keadaannya.

Renungilah........

Comments

Dalam hidup ini tak sedetik pun saya merasa hebat sbab kehebatan yang kita ada adalah pinjaman semata. 13 tahun sy dalam Atm...akhirnya saya korbankan perjuangan Atm dengan terlibat dalam urusniaga Forex.

http://popitsokmofx-trader.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN