Kemana kita ?

Kemanakah kita selepas ini? Duduk termenung menunggu nasib? Ternanti-nanti ada yang sudi menunjuk arah? atau berlabuh terus menanti tiada. Teruskan perjalanan sedemikian rupa. Berjalan tiada, bergerak tiada. Hanya masa berlalu saja. Seandainya inilah pemikiran kita, amatlah rugi diberi nyawa dan masa. Tiada sudi berusaha, tiada sudi maju ke depan, tiada sudi bergerak lagi. Selagi mata boleh dibuka, selagi tangan boleh diayun, selagi kaki boleh dijalankan, maka tiada perhentian, tiada penungguan, tiada pembuangan.

Akal diberi buat senjata. Bagi mengerakkan anggota badan seluruhnya. Duduk termenung tiada jalannya. Bangun dan bangun maju setapak. Tiada perhentian tiada mundur kebelakang. Kedepan dan kedepan mencari pengalaman. Mencari ilmu, mencari cahaya. Buat bekalan di dalam perjalanan. Fikiran diasah, fikir dibuka. Usia tua bukan ukuran. Usia muda bukannya alasan. Tuntutlah ilmu tuntutlah ia sehingga penuh dada dengannya.

Renungilah......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN