Dengar dan mendengar

Sudi-sudikan diri kita mendengar dan mencuba mendengar perkara yang hendak diberitahu baik teguran atau nasihat yang kekadang amat menyakiti, bertentangan dengan kemahuan hati kita. Biarpun salah, tersalah, menyalah, diri kita kita yang punya dari hujung sampai ke hujung kaki, maka tiada yang lain berhak atau terhak mengajar, menunjuk kesilapan, menujuk kebenaran.

Ingatlah sehebatnya mana diri kita, secantiknya mana diri kita, sepandainya mana diri kita, ini semua hanyalah sementara kelak akan hancur dimamah usia. Sesungguhnya kita telah diberi kelebihan, keistimewaan untuk membina, membentuk acuan diri mengikut kehendak, kepuasan sendiri. Namun, apabila tersasar dari perjalanan kehidupan maka diberi amaran melalui percakapan, perbuatan dan kejadian agar kita kembali ke laluan yang sebenar.

Sekiranya semua nasihat dan teguran telah ditolak, maka janganlah kita berdolah-dalih mencari alasan membela diri di kemudian hari. Janganlah pula menyesal dan menyalah diri kerana semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki. Sudah jauh terpesong, tersasar keluar dari perjalanan ini.

Fikirkanlah...........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN