Pandang dan renung

Cubalah sekali sekala dialihkan pandangan kita ke langit ketika di malam hari. Pelbagai corak bintang berkerlipan bertaburan di dalam suasana kegelapan. Kekadang sinaran bulan menceriakan lagi suasana malam membuatkan hati kita tenang seketika menikmatnya.

Cuba renungi kejadian di langit berbandingkan diri kita yang kerdil ini maka jelas terpampang kelemahan diri yang tiada berupaya untuk melakukan sebarang tugasan walaupun seberat kuman dalam sesaat atau seinci tanpa bantuan. Diri ini teramat sangat mengharap bantuan menjalani kehidupan ini.

Namun kekadang kita terlupa akan kejadian kita, maka timbullah fikiran menyatakan kita hebat di dalam segala - galanya. Kealpaan ini boleh mengundang padah kepada kita sekiranya masih berdegil dengan fahaman sama, susah menerima teguran dan ajaran agar sentiasa sedar akan kejadian, kelemahan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Renungilah.....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN