Tahap pemikiran kita

Dimanakah tahap pemikiran kita apabila kita sengaja atau tersengaja atau buat - buat tersengaja melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip diri, keluarga dan masyarakat di dalam mencari jalan singkat untuk kepentingan diri kita sendiri.

Seandainya kita boleh melakukan perkara tersebut maka berhak juga manusia lain untuk serta berbuat perkara sama namun kebanyakan yang lain memilih untuk berterusan mematuh pegangan dan aturcara perjalanan perundangan dan kehidupan.

Apabila ditegur atau dikata pemikiran kita berada, terletak di kelas 3 maka melompatlah, terlompatlah kita naik angin, geram, membela dan berkeras menegakkan kebenaran diri. Benarkah kita sekiranya lampu merah masih berjalan dan bersanggupan membelok, mencelah, mencuba pelbagai cara agar terlepas juga baik yang berserban, yang bertarbus, yang berketayap, yang bermekap, yang muda, yang tua, semuanya berkelakuan serupa mementingkan diri sendiri.

Benarkah kita seandainya bergerak melawan arus jalan sehala? Benarkah kita seandainya meletak kereta sesuka rasa ? Benarkah kita membuang sampah merata - rata, bersepah - sepah ?

Oleh itu fikirkanlah...

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN