Pelik tapi benar

Terfikirkah kita bahawa kekadang kita sanggup mengubah pendirian kita semata - mata untuk menyelamatkan diri atau mengelak dari sebarang kesalahan atau kesilapan yang terjadi walaupun kita menyedari bahawa perbuatan atau perlakuan itu adalah salah ? Walaupun percakapan atau perbuatan kita itu boleh meletakkan orang lain di dalam dilema atau permasalahan lain namun kita masih berusaha untuk memenangkan diri.

Inilah hakikatnya sikap kita yang agak pelik tapi benar seandainya direnungi sedalamnya yang pasti menampakkan kecacatan kita. Sememangnya agar berat bagi kita untuk menerima kesalahan diri sendiri apatah lagi ianya terserlah kepada mata rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Tidak terfikirkah oleh kita setiap perbuatan, perlakuan atau pertuturan pasti ada pembalasannya walaupun ianya kecil atau besar, segera atau dikemudiankan ?

Sanggupkah kita memenangi sesuatu yang salah dan menerima akibatnya di kemudian hari atau masa ? Sememangnya menjadi sikap kita bersanggupan untuk menutupi kecacatan kita sebaik mungkin dan berpuraan bebas darinya. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk memilih perjalanan yang disenanginya namun jangan dilupai pembalasan tetap mendatang mencari kita walapun sehebat, setinggi atau sejauh mana kita berlari, bersembunyi.

Sememangnya menjadi adat sikap kita untuk berbuat atau berkata sesuka rasa kerana akibatnya belum terkena pada diri kita sendiri. Pelbagai amaran dan teguran telah diungkap dan diberi namun kita masih tegar berbuat yang sama. Renungilah dan kembalilah ke jalan kebenaran sebelum kita terjebak di dalam kesalahan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN