Jangan bersedih

Seandainya kita dilanda duga dan kecewa bersabarlah. Seandainya kita dipukul badai dugaan, dihempas ombak keperitan bersabarlah. Seandainya penantian kita tiada penghujungnya, pengharapan kita tiada penyelesaiannya bersabarlah. Setiap yang bermula akan berakhir, setiap yang hilang pasti berganti, setiap yang berkepayahan pasti berkesenangan.

Maka berSABARlah di dalam melalui perjalanan kehidupan ini. Berbekalan kesabaran akan memudahkan penerimaan kita akan pukulan, hentakan, hentaman dan hempasan onak - onak dugaan dan cabaran. Kekadang di dalam kita bersabar menempuh dugaan ini, pegangan hidup kita selama ini terasa dan merasa tercabar dan dicabar berterusan sehingga meluap - luap keresahan, kemarahan, kekecewaan kita. Mahu saja dihentikan semua ini, mahu diubah semua ini, mahu ditolak semua ini, mahu dihalang semua ini, mahu diputarkan semula semua ini.

Namun persoalannya ialah mampukah kita berbuat sedemikian ? Siapakah kita yang berkeupayaan melakukan sedemikian ? Maka sebaiknya jalan, sebaik penyelesaian bergeraklah, berjalanlah dengan kesabaran. Inilah yang sebaik - baiknya, yang terbaik di dalam menempuh, melalui kesemua ini.

Tatkala kita longlai keletihan, kelesuan, terhuyung - hayang melangkah ke depan, akan ternampak nun jauh dihujung ufuk perjalanan cahaya pengharapan menandakan pengakhiran perjalanan sudah menjelang tiba. Akan kembali tenaga yang hilang, akan kembali kegembiraan yang tengelam, akan timbul keceriaan yang sudah lama menghilang.

Peraturan ini bukan pilihan kita, bukan milik kita, bukan hak kita. Kita hanya mampu dan termampu melaluinya dengan KESABARAN.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN