Fikirkan yang terbaik

Fikirkan yang baik dan yang terbaik untuk diri kita. Janganlah memikirkan yang negatif dan ternegatif untuk kita kelak terjadilah acuannya apa yang difikirkan. Kita adalah kita dan berhak dan terhak menentukan keseluruhan pada diri kita. Sekiranya kita fikirkan diri cerdik dan pandai, maka akan berlumbalah sistem badan menampakkannya apa yang difikirkan dan sebegitulah perjalanan seandainya difikirkan sebaliknya.

Bagaimanapun maksudnya sekiranya difikirkan pandai secara automatiknya kita pandai. Bukan penyelesaian sedemikian. Ianya lebih membentuk kearah memovitasikan diri kita sendiri. Perumpamaannya kita membayangkan, memikirkan kita ini cantik dari segi percakapannya, maka akan terhasillah pertuturan yang baik dan tersusun dari mulut kita sendiri. Malah kita sendiri akan mencuba berbuat dan belajar yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik. Maka secara tidak langsung kita berjaya mengucapkan pertuturan yang baik.

Diri kita adalah apa yang kita fikirkan. Bodoh fikir kita, bodohlah ia. Hodohnya kita, maka hodohlah ia. Seandainya kita berfikir aku cantik, maka cantiklah kita. kekadang orang memandang dan terpandang merasa kelainan pada kita. Terbayang membayang ketenangan, kegembiraan dan keceriaan diwajah kita. Kehasilan ini merumuskan ketenangan dijiwa, dihati kita sudah bermula dan bertapak tanpa keresahan yang melanda sebelum ini.

Maka, sering-seringlah mengajar dan memikirkan yang baik dan terbaik untuk kita.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN