Yakinlah

Yakinlah pertolongan pasti mendatang dikala kesedihan, kepiluan, keresahan, kesakitan, kepayahan bersarang dijiwa. Kekadang tanpa diduga, disedari ianya menyelesaikan, membukakan, melepaskan segala kepayahan sepintas lalu. Apabila terlepas sudah segala keperitan, kita mudah terlupa dan pura - pura melupa pertolongan, bantuan yang diberi. Malah mendabik dada, berbangga diri semua selesai akibat usaha sendiri.

Tiada sukar untuk 'melihat' atau 'menyedari' pertolongan yang mendatang dengan hanya sedikit pemikiran dan kesedaran. Sungguh molek dan indah kalau disedari bantuan yang diberi mencelah dikala kepayahan membelit hati dan jiwa.

Setiap insan mempunyai permasalahan dan penyelesaian di tempat dan masa yang tersendiri. Selagi bernyawa dan bertenaga perlu berusaha mencari dan berterusan mencari penyelesaian kebahagiaan dan ketenangan. Berbekalkan kesabaran dan ketenangan tempuhilah segala dugaan dan cabaran yang mendatang dan yakinlah pertolongan pasti TIBA....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN