Masih belum terlambat

Masih belum terlambat, terlewat untuk kembali ke jalan yang sebenarnya, yang membenar dan terbenar. Tiada keraguan tiada kekeliruan, tiada kebimbangan tentangnya. Sudah agar lama terlalai, terlupa, melupa atau pura - pura terlupa mengikut pilihan hati, kata perasaan, kata fikiran tanpa bertenang kembali kepada yang berilmu, berpengetahuan, tiada kemahuan, tiada keinginan.

Kembalilah kerana masih belum terlambat untuk memulakan perjananan yang bermakna, penuh berisi, bersinar, bercahaya, tersuluh lagi menyuluh. Berjalanlah dan bergeraklah bersama. Sudah agak lama, sekian lama, terlalu lama, berjalan bersendirian berpegangkan, berpandukan pada akal fikiran yang terlatih, terdidik dari kecil permulaan, perjalanan, tuntutan kehidupan. Tiada yang dilatih, terlatih, melatih untuk berfikir, memikir dan difikirkan mengenai aku. Yang ada tapi tiada, tersembunyi, terletak ditempat seadanya.

Kembalilah kepadaku. Kenalilah aku. Aku dimana kamu berada. Sudah terlama kamu menghala perjalananmu yang tiada kerestuanku, kebenaranku, kerelaanku. Aku sedih kamu bergerak tanpa bimbinganku, panduanku.

Kembalilah kejalan yang benar dan terbenar. Sudah agak lama pemikiranmu mengatur perjalananmu, kehidupanmu. Tiada salah berfikir untuk kemajuan, kesenangan, kebahagiaan namun kenalilah aku maka bertambahlah perjalananmu, ilmumu, kepandaianmu, kecerdikanmu di dalam mengatur, menjalan, meneruskan perjalananmu yang akan berisi dan terisi seadanya.

Kembalilah........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN